Keperluan ASB Financing Kepada Anak Muda Untuk Perancangan Masa Hadapan

3597
views
Iklan Infopelajar2u

Ramai anak muda yang hendak memulakan pelaburan tetapi tidak tahu hendak bermula daripada mana. Ada orang cakap ASB Financing bagus, ada yang berpendapat unit amanah pun bagus dan ada juga yang lebih menyokong pelaburan dalam bidang hartanah.

Tetapi akhirnya tiada jawapan yang tepat lalu tersungkur ditipu MLM. Jawapannya, semuanya bagus jika anda pandai mengawal dan mempunyai ilmu dalam bidang pelaburan.

Jadi, pada yang baru nak berjinak-jinak itu, saya amat sarankan supaya bermulalah dengan ASB Financing. Selepas 1-3 tahun barulah bermula dengan memburu hartanah.

Tidak dinafikan, pembiayaan ASB ini akan masuk CCRIS. Siapa kata CCRIS ini tidak elok. Yang tidak elok itu jika anda betul-betul tidak memahami fungsi CCRIS. Apa nak takut pada CCRIS jika anda membayar ansuran dengan tepat pada waktunya.

ccris-650x325

Sebarang pembiayaan dengan bank memang akan tersenarai dalam laporan CCRIS dan akan dikira sebagai komitmen dalam kiraan Debt Service Ratio (DSR). Mudah.

Yang bagusnya ASB Financing ialah anda boleh terminate lepas 2-3 tahun ataupun apabila anda sudah tak nak teruskan pembiayaan. Yang tak bagusnya apabila anda sudah buat ASB Financing tetapi tak reti nak bayar ansuran itu.

Memang perjanjian 30 tahun. Tetapi kalau anda ambil pembiayaan ASB Islamik, tak ada tempoh default untuk terminate. Faham? Bila-bila masa sahaja boleh terminate.

Larat lagi baca? Jika larat teruskan;

#1 – Melatih Disiplinkan Diri

Senang macam ini. ASB Financing ini nak melatih tahap disiplin anda membayar ansuran secara teratur dan terancang. Tak perlu cakap anda bijak menguruskan wang. Jika sudah mula pegang duit sendiri, semua nak beli. Reward yourself kononnya.

#2 – Konsisten

Anda perlu ingat, pembiayaan perumahan bukan macam kena bayar 9 tahun serupa Myvi zerodownpayment anda itu tetapi kena bayar dalam tempoh 30 tahun. Satu jangka masa yang panjang. Jika anda tak disiplin dan tidak membayar secara konsisten, alamatnya rumah anda kena tarik balik. Kasihan. Jangan terburu-buru nak melabur dalam hartanah jika belum cukup ilmu di dada.

#3 – Rekod CCRIS

Anda perlu tahu, sekali rumah kena tarik, rekod sejarah dekat CCRIS mungkin tercatat maklumat rumah anda yang kena tarik. Jadi ia akan menjejaskan pembiayaan perumahan anda nanti.

#4 – Tabung Kecemasan

Nak main pelaburan hartanah, anda kena ada sekurang-kurangnya tabung kecemasan untuk bayar ansuran jika ada apa-apa berlaku. Pembiayaan perumahan perlu dibayar tepat pada waktunya.

#5 – Melabur Dalam Hartanah

Apabila sudah habis belajar, tidak mungkin anda terus ada duit deposit. Melainkan anda memang otak berniaga semasa di kolej. Jadi, jika anda sudah ada deposit rumah terus melabur dalam hartanah. Kerana nilai hartanah akan terus meningkat dan meningkat.

#6 – Kewangan Yang Kukuh

Mesti ada yang kata, “tunggu 2-3 tahun, harga rumah pun naik. Nak melabur ASB Financing rugi masa sahaja”. Jawapannya mudah sahaja. Baik anda rugi 2-3 tahun daripada menangis penyesalan rumah kena lelong disebabkan faktor kewangan yang tidak mantap dan disiplin menguruskan kewangan yang tidak cekap. Jika kewangan kukuh terus membeli hartanah.

#7 – Belajar Menyimpan

Bukan senang nak mendisiplinkan diri dalam menyimpan duit. Baru dapat gaji 2 hingga 3 minggu, duit tak tahu hilang ke mana. Nak simpan RM100 sebulan pun sukar. ASB Financing antara cara terbaik untuk memaksa anda mula belajar menyimpan. Bila anda mampu bayar ASB Financing RM200K, lepas sudah 2-3 tahun terminate ASB. Selepas itu anda nak beli rumah RM150K pun bank terus yakin dengan kemampuan kewangan anda.

Apabila membuat ASB Financing, anda juga membina keyakinan kewangan anda kepada pihak bank secara tidak langsung. Bank suka kepada mereka yang berkemampuan untuk membayar balik ansuran pembiayaan dengan baik.

***

Semasa anda menyimpan setahun dua dalam ASB Financing, anda luangkanlah masa untuk belajar ilmu hartanah, cari kawan hebat dalam bidang hartanah dan pelaburan, buat networking, baca buku, baca ebook hartanah, hadiri seminar dan sebagainya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

asb

Set Combo ASB Genius & Hartanah

Ruginya bila anda seorang Bumiputera tidak memahami teknik-teknik Terbaik bina pulangan berkali ganda dengan ASB. Kami mahu anda semua tahu Ilmu ini.

Dapatkannya di sini : ASB GENIUS

Usain Bolt ada menyatakan “Kalian bertindak pantas tidak berguna jika kalian tidak berilmu dan tidak yakin dengan diri sendiri”.

Apabila sudah mahir sedikit baru anda akan nampak pendapatan anda lebih sesuai untuk main pelaburan hartanah subsale, lelong ataupun undercon.