Keburukan Bersukan Pada Waktu Malam

11037
views
Iklan Infopelajar2u

Boleh dikatakan ramai diantara kita terutama golongan remaja, seringkali bersukan pada waktu malam, ada yang pergi gym, main futsal.

Tapi adakah anda tahu yang bersukan pada waktu malam dapat mendatangkan bahaya ? Jadi artikel ini akan bincangkan bahaya bersukan pada waktu malam.

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam

Peringatan :

Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam! anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung tanpa anda sedari.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad, secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya.

Bersukan adalah suatu aktiviti yang digalakkan, malah ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran.

Jadi jika bersukan dilakukan pada waktu diri anda dalam keletihan seperti kurang rehat dan sebagainya, mungkin risiko aktiviti sukan itu akan menjadi bertambah teruk.

Kesimpulan

Sekarang anda sudah tahu kesan bersukan waktu malam, jom kita cari waktu yang selamat untuk bersukan.

Pastikan sebelum melakukan sesuatu aktiviti, dapatkanlah rehat yang secukupnya, pengambilan air yang banyak dapat mengurangkan anda terhidrat ketika menjalani aktiviti sukan.

Yang penting, mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan aktiviti adalah kunci untuk mendapat kesihatan yang baik.

Waktu paling ideal untuk kita melakukan aktiviti sukan ataupun senaman berat adalah pada waktu pagi antara 6 pagi hingga 9 pagi sebab badan kita masa tu masih cergas dan segar.

Kalau tak dapat buat aktiviti berat buat yang ringan-ringan pun cukup.Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan perkara-perkara yang diluar kemampuan. Elok-elok nak sihat lain pula yang dapat nanti.