Perhatian buat pelajar yang bercadang untuk membuat permohonan UPU 2017 online ke UA/ IPTA. Sebagai panduan, berikut dikongsikan kategori permohonan UPU lepasan SPM/ STPM yang dikongsikan dari Laman Web UPU.
Permohonan UPU online kemasukan ke UA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja.
Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM
Berikut adalah senarai kategori permohonan UPU online mengikut kelayakan dan tahun. Pemohon boleh melayari Laman Web UPU dan rujuk Kategori Permohonan. Klik kategori yang diinginkan untuk memaparkan senarai kategori.
A. LEPASAN SPM/ SETARAF
Senarai kategori pemohonan untuk lepasan SPM dan setaraf adalah seperti berikut :
Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja
Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2015
Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA
Kategori D
Pemohon yang menggunakan keputusan seperti berikut :
- SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013
- Peperiksaan SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
- SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015
B. PEMOHON LEPASAN STPM/ SETARAF
Permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi Program Pengajian Lepasan STPM dan STAM dibuka untuk kategori berikut:
Kategori A
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2016 Aliran Sastera
Kategori S
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2016 Aliran Sains
Kategori T
Pelajar Lepasan STAM tahun 2015 atau 2017 sahaja.
C. PELAJAR MATRIKULASI KPM/ PASUM/ ASASI UiTM
Permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi Program Pengajian Lepasan Asasi / Matrikulasi dibuka untuk kategori berikut:
Kategori N
Aliran Sains
Kategori P
Aliran Perakaunan
Kategori U
Aliran Undang-undang
Kategori K
Aliran Kejuruteraan UiTM
Kategori L
Aliran TESL
Kategori J
Aliran Teknikal BMKPM
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter