Karnival Skills Malaysia 2017 Zon Utara

163
views

Kepada orang-orang utara yang sedang mencari jawatan kosong jangan lepaskan peluang keemasan ini hampa tak mai hampa rugi program yang akan berlangsung selama 4 hari dengan pelbagai jawatan kosong ditawarkan. Berikut adalah maklumat lanjut Karnival yang akan dijalankan :

Karnival Skills Malaysia 2017 Zon Utara

Tarikh Temuduga : 6 – 9 April 2017 (Khamis – Ahad)

Tempat Temuduga : Perkarangan Stadium Darulaman , Alor Setar, Kedah

Masa Temuduga : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Mereka yang hadir hendaklah membawa :

  • Salinan resume yang secukupnya untuk dihantarkan kepada majikan-majikan yang hadir.
  • Membawa sijil-sijil akademik yang secukupnya ( Original dan Salinan )
  • Berpakaian kemas dan sopan ketika menghadiri sesi temuduga