Kandungan Berpontensi Menjadi Gay Kerana Makan Mee Segera?

343
views
Iklan Infopelajar2u

Hai semua, artikel kali ini ditulis sebab kami rasakan ianya suatu yang meranik untuk dikongsi. Haha sebabnya boleh dikatakan hampir semua pelajar akan jadikan mee segera ni sebagai makanan ruji. Betul tak ?

Merujuk kepada tajuk diatas. Seorang ahli politik Indonesia telah menarik perhatian umum apabila beliau mengatakan dengan memberikan susu formula dan mee segera kepada bayi boleh menyebabkan mereka menjadi homoseksual.

Ha Ha

Tak sure la kalau anda nak percaya atau tidak. Nak gelak pon boleh, dipersilakan gelak sepuas-puasnya. Ahli politikini bernama Arief R Wismansyah, seorang Datuk Bandar untuk daerah Tengerang, Indonesia.

Beliau mengatakan isu berkenaan tajuk diatas ketika seminar kehamilan yang diadakan di bandar tersebut.

“Bagi membuatkan kanak-kanak Indonesia sihat dan berdaya saing adalah penting untuk mulakan daripada awal iaitu memberikan mereka makan yang bernutrisi tinggi dan ibu-ibu perlu memberikan susu badan kepada anak mereka,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Coconuts Jakarta.

Menurut beliau lagi kerana kesibukan ibu bapa bekerja, mereka cenderung memberikan anak-anak makanan segera yang tidak berkhasiat seperti mee segera dan susu tepung. Beliau turut mendakwa kedua-dua makanan ini boleh menyebabkan kesan tidak baik kepada perkembangan kanak-kanak.

“Oleh itu tidak hairanlah sekarang ini bilangan LGBT makin bertambah,” tambahnya lagi.

Kenyataan kontroversi Wismansyah itu mungkin mengejutkan ramai orang tetapi itu bukanlah kali pertama kenyataan berunsurkan anti-gay di negara Asia Tenggara itu. Sebelum ini Menteri Pertahanan Indonesia turut membuat kenyataan bahawa pergerakan LGBT lebih berbahaya daripada perang nuklear.

Manakala, pada Januari lalu, Menteri Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, turut menggesa supaya pelajar LGBT diharamkan daripada universiti.