Kalendar Peperiksaan MUET 2019

7317
views

Kalendar Peperiksaan MUET 2019 | Adakah anda antara calon yang telah berjaya diterima masuk ke IPT? Sudah bersedia dengan peperiksaan MUET? Graduan IPT mesti lulus peperiksaan MUET. Jika gagal lulus MUET, ia tentu akan menjejaskan tempat ke IPT.

Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan mempunyai 3 kali peperiksaan dalam setahun iaitu pada Sesi Mac, Julai dan November.

Kalendar Peperiksaan MUET 2019 MPM

Berikut disertakan Kalendar Peperiksaan MUET untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain kalendar ini memaparkan informasi tentang tarikh pendaftaran di buka dan ditutup, tarikh ujian speaking dan ujian bertulis MUET 2019.

* Kalendar Peperiksaan MUET 2019 ini adalah tertakluk kepada perubahan jika ada.

Sila semak jadual peperiksaan MUET terkini untuk tahun 2019. Pilih tarikh yang sesuai untuk hadapi peperiksaan ini, dan buat persediaan. Lihat jadual dengan tenang, dan boleh terus daftarkan diri di pautan ini

Kepada yang ingin memohon kemasukan ke universiti awam melalui UPU pada tahun hadapan, anda tidak digalakkan untuk mengambil MUET ini kerana peperiksaan MUET sesi 1 akan dilaksanakan pada bulan Mac. Keputusan pula akan diperolehi selepas 3 bulan (Mei) manakala permohonan kemasukan melalui UPU tutup pada bulan April.

Jadi nasihat kami mohon ke Muet on Demand (MoD) yang dibuka sekarang. Peperiksaan akan diadakan pada bulan Januari & Februari. Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan selepas 3 minggu peperiksaan dijalan berbanding MUET biasa 3 bulan.

Baca : Apa Itu MUET on Demand (MoD) dan Cara Daftar

Semoga Kalendar Peperiksaan MUET 2019 MPM ini bermanfaat buat semua dalam merancang persiapan peperiksaan MUET anda tahun 2019 ini.

Panduan Rahsia Lulus MUET

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat  mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Serius, susah nak lulus peperiksaan MUET ni, jika melakukan persediaan pun tidak melakukannya secara menyeluruh, tapi jika anda betul nak berjaya, anda boleh mengikuti tips berjaya peperiksaan MUET melalui panduan Rahsia Lulus MUET ini

Mahu dapatkan panduan dan rujukan untuk persediaan peperiksaan MUET? Boleh dapatkan menerusi pautan di bawah ini.

[+] Ebook Panduan MUET

Jika anda ada rakan-rakan lain yang juga bakal ambil peperiksaan MUET 2018, hebahkan mengenai laman web ini menerusi butang kongsi yang disediakan.

Semoga berjaya.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter