Jadual Tarikh Cuti Sekolah 2017 KPM Malaysia

2710
views
Iklan Infopelajar2u

Tarikh Cuti Sekolah 2017. Untuk makluman, persekolahan akan bermula pada 3 Januari 2017. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim tarikh cuti sekolah untuk 2017.

Bagi ibu bapa yang ingin merancang untuk membuat perancangan aktiviti sepanjang tahun 2017. Berikut adalah Takwim Persekolahan 2017 yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pedidikan Malaysia bagi sesi persekolahan 2017.

Senarai Tarikh Cuti Sekolah Di Malaysia Tahun 2017

Berikut adalah Takwim Mula Dan Cuti Persekolahan 2017 yang dapat dikongsikan pada anda semua mengikut kumpulan yang telah ditetapkan :

Kumpulan A

Kumpulan A adalah sekolah-sekolah dari negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu :

  • Cuti Persekolahan Penggal 1 : 17/3/2017 – 25/3/2017
  • Cuti Persekolahan Tahun : 26/5/2017 – 10/6/2017
  • Cuti Persekolahan Penggal 2 : 25/8/2017 – 2/9/2017
  • Cuti Akhir Tahun : 24/11/2017 – 31/12/2017

Kumpulan B

Kumpulan B adalah sekolah-sekolah dari negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya :

  • Cuti Persekolahan Penggal 1 : 18/3/2017 – 26/3/2017
  • Cuti Persekolahan Tahun : 27/5/2017 – 11/6/2017
  • Cuti Persekolahan Penggal 2 : 26/8/2017 – 3/9/2017
  • Cuti Akhir Tahun : 25/11/2017 – 1/1/2018

Semoga panduan Tarikh Cuti Sekolah 2017 ini dapat membantu para pelajar dan juga khususnya ibubapa membuat persediaan persekolahan anak-anak anda dan merancang perjalanan cuti sekolah pada tahun 2017.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter