Tarikh dan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

4584
views

Jadual SPM 2019. Untuk panduan murid dan ibu bapa, Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh peperiksaan yang dikongsikan adalah untuk jadual peperiksaan bertulis meliputi tarikh, masa dan subjek mata pelajaran. Peperiksaan SPM adalah sangat penting buat para pelajar kerana ianya menentukan halatuju pendidikan tinggi dan seterusnya untuk mereka.

Tarikh Peperiksaan SPM 2019

Berikut adalah tarikh rasmi peperiksaan SPM 2019 yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Ujian Bertulis : 14 Oktober 2019 hingga 28 November 2019.

Untuk koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM tahun yang sebelumnya , anda boleh ke pautan yang disediakan dibawah :

Baca Juga : Koleksi Soalan SPM 2014 Sehingga SPM 2018

Jadual SPM 2019 (Terkini dan Rasmi)

Walaupun tarikhnya sedemikian peperiksaan SPM 2019 sebenarnya dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

  • Fasa 1 : 14-17 Oktober 2019
  • Fasa 2 : 5-28 November 2019

Untuk makluman tarikh yang dinyatakan adalah bagi pelajar yang mengambil subjek berkenaan sahaja. setiap kumpulan pelajar akan mempunyai tarikh permulaan SPM berlainan mengikut subjek yang diambil.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter