Hampir lebih sebulan telahpun dilancarkan di pasaran antarabangsa, 14 Oktober berakhirlah penantian pengguna di Malaysia yang mahu memiliki iPhone 7.
Keluaran terbaharu jenama smartphone Apple itu secara rasminya mula dijual di kedai-kedai telefon serta rangkaian pusat telekomunikasi seperti DiGi, Celcom dan Maxis di seluruh negara.
Mulai lewat malam semalam, kebanyakkan pengguna laman media sosial ada yang sudah melakukan countdown, malah ada yang sanggup untuk bermalam di hadapan kedai untuk membeli iPhone terbaru itu.
Countdown begin. 2 and half hours untill the launch. #teammaxis #iphone7 #Malaysia
— TBMH (@TBMH_) October 13, 2016
The queue for the latest iPhone at one utama today. #iPhone7 #iPhone7Plus #machines #Malaysia pic.twitter.com/BhR4cElENB
— faisal (@fslshf) October 14, 2016
Kenapa mereka sanggup beratur?
Ianya adalah kerana promosi yang dilakukan pembekal sistem telekomunikasi Celcom yang bertapak di Sunway yang menawarkan iPhone 7 hanya dengan harga RM7 untuk tujuh pelanggan pertama.
Kebanyakkan orang memuji rekaan telefon pintar tersebut yang disifatkan cantik dan classy. Namun ada juga yang memberi pendapat bahawa harga yang diletakkan untuk model berkenaan terlalu tinggi.
Finally iPhone 7 available at Apple Store Malaysia, rm3199 32gb 😂 #iPhone7Launch #iPhone7 #applemalaysia #apple
— WNSyfqh ☄ (@ikaaaaomeyy) October 14, 2016
#iphone7 kat Malaysia RM3795.. 😥 baik aku beli #playstation4 beserta sepersalinan dulang aksesori ditambah sejambak CD Games.. tunai..
— athirah abdullah ◕‿◕ (@PiszangBiasa) October 14, 2016
Harga keluaran iPhone terbaru ini.
Apple iPhone 7 ini dijual pada harga bermula RM3199, sementara iPhone 7 Plus pula bermula RM3799. Seperti biasa, pelbagai syarikat telekomunikasi turut menyediakan pakej khusus untuk para pelanggan mereka.