Ini 7 Matlamat Kewangan Yang Anda Perlu Ada Pada Tahun Baru

275
views

Tahun 2016 nampaknya sudah hampir untuk meninggalkan kita. Tahun baru 2017 kini menghampiri untuk mengambil alih. Anda pula macam mana? Sudah bersedia untuk menuju tahun yang baru?

Macam biasa, sebagai netizen modern yang sentiasa mahu nampak up-to-date mestilah nak ada azam sendiri. Punya semangat buat azam, sampai azam tahun lepas yang tak dicapai pun bawa ke tahun yang berikutnya.

Begitu juga dengan hal kewangan. Anda harus punyai azam dan matlamat yang jelas. Antaranya matlamat yang anda patut ada ialah :

#1 Mempunyai Matlamat Kewangan

Apakah matlamat dan impian anda pada tahun hadapan? Contohnya seperti ingin membeli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Berapakah jumlah wang anda perlukan untuk mencapai matlamat tersebut? Dengan adanya matlamat, tindakan anda akan lebih jelas dan mudah.

#2 Sentiasa Semak Aliran Tunai

Belajar buat bajet bulanan. Catat segala perbelanjaan yang dibuat. Anda suka buat hutang baru sebab rasa gaji anda banyak. Tapi bila sudah buat bajet, anda akan nampak gaji anda tinggal berapa sen sahaja. Jadi, anda tak mungkin asyik keluar tengok wayang, beli mod vape harga mahal ataupun tukar sport rim baru.

#3 Hentikan Pembelian Yang Tidak Perlu

Bezakan antara kehendak dengan keperluan. Belanja mengikut kemampuan ekonomi anda. Bukanya asyik nak lawan jiran sahaja. Jiran tukar sofa baru, anda pun menggelupur nak tukar sofa baru juga. Kawan tukar Iphone 7 anda pun sibuk nak tukar Iphone 7. Ukur baju di badan sendiri.

#4 Simpan 10% Daripada Pendapatan

Jika ada bonus, simpan. Jika ada kenaikan gaji, simpan. Simpanlah di tempat yang memberikan pulangan dividen seperti Tabung Haji dan ASB. Buat potongan gaji 10% siap-siap. Lagi banyak lagi bagus. Lagi satu, simpanlah di tempat yang susah nak dikeluarkan. Bila sudah simpan buat-buat lupa.

#5 Menguruskan Hutang

Senaraikan jumlah hutang mengikut kadar profit yang paling tinggi berserta ansuran bulanan. Jika ada pembiayaan dengan bank, janganlah bayar ikut suka sahaja. Rosak CCRIS anda nanti. Bayar ikut jumlah dan masa yang ditetapkan.

#6 – Mulakan Melabur

Mulakan melabur di instrumen pelaburan yang diyakini. Cari pelan pelaburan yang kena dengan kemampuan dan kewangan anda. Anda kena banyak cari ilmu mengenai ini. Jangan tersilap langkah.

#7 – Tingkatkan Ilmu

Ilmu tentang pengurusan kewangan amatlah luas. Makin banyak anda belajar makin anda sedar betapa kerdilnya ilmu anda. Banyakkan membaca. Orang kongsi ilmu panjang-panjang anda komen “status panjang panjang siapa nak baca.” Bila makin berumur barulah nak menyesal.

Kesimpulan

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Banyak cara anda boleh dapatkan ilmu. Nak tak nak sahaja. Kalau 2016 ini anda kurang timba ilmu pengurusan kewangan, 2017 nanti cubalah berubah.

Jika 2016 ni pengurusan kewangan anda kurang mantap, mantapkan lagi pengurusan kewangan anda ketika 2017 yang akan datang. Lebih baik lambat berubah daripada langsung tidak berubah.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter