Ingin Menyumbangkan Artikel Kepada Kami?

Mahu Menjadi Penulis?

Matlamat utama kami di Info Pelajar ialah ingin memberikan informasi yang berguna dan berkualiti kepada para pembaca terutamanya pelajar. Kami benar-benar berhasrat untuk menjadi satu medium informasi yang menjadi rujukan semua para pelajar ataupun orang awam.

Jadi, Info Pelajar hanya memerlukan artikel yang lebih menjurus kepada kegunaan pelajar. Kami juga faham bahawa untuk menghasilkan artikel yang berinformasi dan berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, pihak kami sangat berbesar hati andaikata anda ingin menjadi penulis yang aktif di Info Pelajar.

Beberapa Kriteria Yang Kami Cari

Anda adalah orang yang kami cari. Namun, kami perlu tetapkan beberapa kriteria wajib untuk anda penuhi sebelum memohon agar kualiti dan informasi yang ada pada sesuatu artikel itu terjamin.

  1. Anda mesti menulis sesuatu topik yang berkaitan dengan pelajar.
  2. Anda perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul.
  3. Artikel hendaklah tulen dan unik. (Tidak pernah disiarkan dimana-mana web)

*Kriteria-kriteria lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Mana-mana penulis yang menghantar artikel tetapi tidak memenuhi kriteria di atas, pihak kami berhak untuk tidak menyiarkan artikel anda di Info Pelajar.

Kelebihan Menyumbangkan Artikel

Kami di Info Pelajar mengamalkan situasi menang-menang dengan para penulis. Untuk permulaan, pihak kami tidak dapat berjanji untuk memberikan sebarang saguhati di dalam bentuk wang ringgit kepada para penulis sehinggalah pihak kami mampu untuk membayarnya.

Apa yang boleh kami berikan kepada para penulis Info Pelajar ialah medium untuk membina kredibiliti kerana artikel yang disiarkan di sini akan dibaca oleh ribuan pengunjung. Di bawah setiap artikel, kami akan letakkan pautan untuk ke blog/web penulis.

Sampai satu tahap para penulis sudah mempunyai pembaca setia yang ramai, pihak Info Pelajar akan cuba untuk memberikan saguhati kepada anda..

Jika anda berminat? Ikut 3 langkah dibawah

Terima kasih kerana anda berminat untuk menjadi salah seorang penulis di Info Pelajar. Ikuti beberapa langkah berikut:

  1. Hantarkan pengenalan ringkas mengenai diri anda, kemahiran anda dan apa yang anda minat ke
    [email protected]
  2. Sertakan sekali contoh-contoh artikel yang pernah anda hasilkan. Atau apa-apa attachment yang dirasakan perlu.
  3. Pihak kami akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.

Itu sahaja. Semoga kita dapat bekerjasama untuk membangunkan Info Pelajar dan pada masa yang sama wujud situasi menang-menang.