Idris Jusoh : IPTS Bebas Naikkan Yuran Pengajian

212
views
Iklan Infopelajar2u

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bebas untuk menaikkan yuran pengajian di institusi pendidikan masing-masing.

Walau bagaimanapun, mereka wajib mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum melaksanakan sebarang perubahan berkaitan kos pengajian.

ipts-1024x683

Menteri Pengajian Tinggi, Idris Jusoh berkata, “Sekiranya terdapat mana-mana  IPTS yang berminat untuk menaikkan kos pengajian, mereka perlu merujuk kepada pihak kementerian dan memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Syarat tersebut bagi memastikan tiada pelajar yang terbeban dengan kenaikkan kos berkenaan,” ujarnya dalam majlis menandatangani memorandum kerjasama strategik Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) antara Universiti Kuala Lumpur, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Tenaga Nasional.

Pendirian rasmi kementerian ini seiring dengan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)1996 (Akta 555) yang bertindak memperkasakan dan memperkemaskan proses pengawalseliaan IPTS untuk mengukuhkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak IPTS.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter