Indahnya Hidup Berpandukan Aturan Allah SWT.

351
views

Sudah menjadi lumrah setiap orang mahukan kesempurnaan dalam kehidupan. Seboleh-bolehnya kita semua berharap setiap apa yang kita lakukan selama ini diterma oleh Allah swt

Kisah yang kami nak kongsikan ini benar-benar buka mata yang hidup berpandukan aturan Allah swt memang indah. Jom kita Ikuti kisah yang dikongsikan ini.

Kisah ini dikongsikan oleh aaron mengenai sahabatnya . .

Ini cerita pasal kawan aku, dan aku nak cerita pasal cantiknya Allah susun hidup dia. Nama watak dalam cerita diubah tapi jalan ceritanya sahih.

So, story begins, nama dia Amir (bukan nama sebenar, nama sebenar Zul). So, Amir student 3rd year kat universiti tempatan dan dapat placement intern kat singapore utk 3 bulan.

Satu weekend, dia ajak aku untuk teman pergi jumpa kak Murni yang nak tolong carikan bilik sewa kat singapore. Kak Murni AJK salah satu masjid di Singapore tu, Amir dpt contact dia time dia dah ronda awal naik motor sorang2 kat situ.

So akak ni lah yang akan tolong cari bilik sewa. Rumah sewa memang taknak sebab mahal. Cuma bilik sewa ni selalunya satu rumah tu akan berkongsilah dua tiga penyewa bilik lain, ada yang kisah jantina, ada yang tak kisah.

So, antara jumaat dan sabtu, Amir pilih nak gerak hari jumaat. Jalan sangat lah jem. Sejam lebih kat jambatan antara Singapore JB semata.

Tapi entah, kitorang relaks je dlm jem. Takde rasa marah, takde rasa menyesal tak gerak hari lain. Sembang dalam kereta pun pasal redha dan berharap yang terbaik.

Dan dalam jem tu, Amir nak pasang sim card singapore. Aku tolong lah pasangkan. Elok2 aku pasang, on phone, terus panggilan kak Murni masuk.

Dia ckp dia takde kat masjid. Dia suruh jumpa dengan En. Faiz di masjid untuk hantarkan kitorang ke flat rumah sewa.

Bergerak ke Johor dan sampai dalam lebih kurang 3 jam . .

Kitorang gerak dari johor pukul 5. Sampai masjid sana pkul 8. Janji before maghrib asalnya. Maaf Kak Murni, tapi ini semua ada hikmah dia. Sambung, kami pun Maghrib situ then ikut En Faiz.

Dia pun pass kitorang kat kak Murni yang dah ready kat flat sana. Kak Murni ckp ada dua bilik nak tengok ni. Asalnya ada satu je. Kitorang pun okaykan je lah. More choice is better.

Time parking, aku tinggal dalam kereta, sebab singapore ni malam pun kena bayar tiket parking. So, Amir keluar tengok rumah first. Balik kereta dia cerita, bilik kosong (asalnya bilik stor), 4m x 4m.

Penghuni bersama ada makcik belum kawen lagi, dia ada adik lelaki tapi adik dia tu kerja shif malam. Tak sesuai lah sebab nanti malam berdua dengan bukan mahram pulak. Harga 250 dollar dan kena entrance fee lagi 250 dollar.

So kitorang hold je dulu kot2 no choice. Nak tengok bilik yang kedua. Amir kata parking je lah dulu, polis trafik tak check kot time malam. Dia kesian kat aku kena tunggu dalam kereta. Tapi aku tak kisah pun tunggu.

Time tengah bincang2 nak parking ke tak (sekali dengan Kak Murni, dia suggest jangan tinggal parking), nampak resident nak masuk kereta. Kak Murni pergi jumpa kejap, mintakkan tiket parking utk kitorang, dapat Alhamdulillah.

Kitorang pun parking kat atas. Turun2 je bawah nak jumpa kak murni balik boleh pulak ada polis tga saman kereta sbb takde tiket parking. Mau kena 100$ Kak Murni ckp. Alhamdulillah kami tak kena. Tak memasal je karang.

Berjumpa dengan owner room yang ke dua . .

So, we headed to second room. Owner dia ni lembut je cakap. En Ali. Kak Murni kenal dia, dia orang masjid, chef lagi tu. En Ali kata kalau sewa dengan dia, makanan jangan risau.

InsyaAllah apa dia makan, Amir makan. Takde entrance fee, bayar je time awal bulan. Harga 250 dollar jugak sebulan. Bilik saiz sama cuma ada up dengan ada kipas, katil dan almari. Barang2 dalam rumah macam peti ais mesin basuh pun dia kata pakai je.

Nice sangat ni. Dia cerita sikit yang bilik tu asalnya untuk kakak dia, pakai time raya bila2 kakak dia nak beraya sekali kat singapore.

Then adalah sembang2 sikit, pasal intern, term sewa, dah kahwin ke belum (eh) dan lain-lain. Habis sembang, time on the way parking kak Murni tanya,

“Nak bilik yang mana? Yang first ke second”. Kitorang gelak je sama2 sebab obviously En Ali kan. Saja buat2 tanya. Haha.

Then bila keluar rumah, kak Murni cerita, ini semua rezeki Amir sebab time dia tunggu Amir kat rumah makcik dia kat flat yg sama tu, pakcik dia tanya, “kamu tunggu siapa ni Murni”.

Kak Murni kongsi cerita mengenai Amir . .

Kak Murni cerita pasal Amir, intern tengah cari bilik nak sewa. Allah susun malam tu En Ali ngeteh kat situ, terus dia offer bilik kat rumah dia. Sebab tu lah tiba2 ada dua choice malam tu.

Alhamdulillah sangat2. Rumah En Ali dan apa dia offer tu mmg berbeza dgn first choice tadi. Rezeki Amir.

Kitorg pun tanya lah kat Kak Murni, kenapa nak bawak jugak ke rumah first tu? Dia kata sebab dah janji dgn owner kata nk bwk, kena lah tepati janji kan. Kitorang pun berhuhu.

Alhamdulillah. Memang Allah susun elok2 dah. Dan dalam surah insyirah pun, setiap kesusahan itu disertai dengan kesenangan.

Kalau tak jem haritu, mesti dapat jumpa kak Murni awal, mesti pakcik tak tanya Murni kenapa stay lama tunggu siapa, mesti Pakcik Ali tak offer bilik kat rumah dia. Mesti Amir dapat rumah yang first tadi and no other choice.

Dan sebenarnya banyak lagi cerita2 Allah susun hidup kita dengan sangat cantik cuma antara kita sedar ataupun tak je.

So, dalam hidup ni, kita sentiasalah berdoa agar Allah susun hidup kita dengan yang terbaik. Kita doa jugak moga2 jika ada pilihan yang kita kena buat, Allah ilhamkan kita untuk pilih mana yang terbaik dan yang Dia redha.

Segala dugaan dan cubaan, bersangka baik lah dengan Allah dan yakin lah bahawa akan hadirnya kesenangan bersama dengan ujian tadi.

Moga2 kita kembali kepada Allah dalam keadaan kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita.

Wallahualam.

 

Share cerita anda di sini [otw_shortcode_button href=”https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfWNfe1nh0PV3z3uy-NbB1fLqqWJZkLkFeeTNt6r1SALkigEg/viewform” size=”medium” icon_type=”general foundicon-paper-clip” icon_position=”left” shape=”round” target=”_blank”]CONFESSION[/otw_shortcode_button]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here