Harga Minyak Terkini : 6 April Hingga 12 April 2017

219
views

Harga minyak petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi minggu bermula 6 April sehingga 12 Apr 2017. Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.

Bermula 29 Mac 2017, harga siling bahan api (minyak petrol dan disel) ditetapkan secara mingguan mengikut kaedah pengapungan terkawal berdasarkan Purata Harga Pasaran minggu sebelumnya. Harga mingguan baharu akan berkuatkuasa bermula setiap hari Khamis.

Harga minyak 6 hingga 12 April 2017

  • RON95 : Naik 3 sen ke RM2.16 seliter (Harga sebelum RM2.13 seliter)
  • RON97 : Naik 2 sen ke RM2.43 seliter (Harga sebelum RM2.41 seliter)
  • DIESEL : Turun 3 sen ke RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.11 seliter)

Harga dalam kurungan adalah harga minggu lepas, 30 Mac hingga 5 April 2017

Rasmi : Harga rasmi RON95 RON97 dan Diesel telah diumumkan secara rasmi oleh KPDNKK dan berkuatkuasa serta merta mulai 6 hingga 12 April 2017.