Harga Minyak Petrol Dan Diesel bulan November 2016

645
views

Berikut adalah harga terkini minyak petrol RON 95 dan RON 97 serta Diesel untuk bulan November 2016.

Sebagai makluman KPDNKK hanya akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit pada hari terakhir setiap bulan.

Untuk bulan November 2016, harga minyak akan diketahui pada hari Isnin, 31 Oktober 2016 sekitar jam 8.00 malam.

SENARAI HARGA MINYAK BULANAN RON95 RON97 DIESEL DI MALAYSIA TAHUN 2016

Bulan
RON95 (Seliter)
RON97 (Seliter)
Diesel (Seliter)

Januari
RM 1.85
RM 2.25
RM 1.60

Februari
RM 1.75
RM 2.05
RM 1.35

Mac
RM 1.60
RM 1.95
RM 1.35

April
RM 1.70
RM 2.05
RM 1.55

Mei
RM 1.70
RM 2.05
RM 1.55

Jun
RM 1.70
RM 2.05
RM 1.55

Julai
RM 1.75
RM 2.10
RM 1.60

Ogos
RM 1.75
RM 2.10
RM 1.70

September
RM 1.70
RM 2.05
RM 1.70

Oktober
RM 1.80
RM 2.15
RM 1.75

November update
RM 1.95
RM 2.30
RM 1.90

Info Rasmi Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Bulan November 2016

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta Diesel untuk bulan November masing-masing naik sebanyak 15 sen seliter berdasarkan pembandingan dengan bulan Oktober yang lalu

Harga baharu bagi ketiga-tiga bahan api itu (sila rujuk jadual bulanan diatas) berkuat kuasa mulai jam 12.01 awal pagi Selasa, 1 November 2016

Info Subsidi Petrol RON 95 Dan Diesel Dimansuhkan

Bermula 1 Disember tahun 2014, Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel telah dihentikan oleh kerajaan

Harga runcit RON95 dan Diesel adalah bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus atau terkawal melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97

Sehubungan dengan itu, sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, maka penetapan harga runcit bagi bahan api tersebut di pasaran Malaysia turut meningkat dan begitu juga sebaliknya