Graduan Mestilah Kental Setelah Menamatkan Pengajian

185
views
Iklan Infopelajar2u

Bagi graduan yang baru menamatkan pengajian, boleh dikatakan hampir semua nak dapat kerja secepat mungkin. Dan dah mula pening kepala untuk selesaikan pinjaman pelajaran.

Selalunya waktu permulaan pekerjaan, gaji yang ditawarkan tidak seperti yang kita harapkan memandangkan pengalaman bekerja yang sikit.

Bukan senang nak hidup senang pada masa kini memandangkan kos hidup yang tinggi. Bayangkan menteri sendiri pun ada yang sarankan untuk buat dua kerja.

Baru-baru ni seorang Dato’ yang terkenal dalam perniagaan kosmetik pun menyatakan kerisauan beliau terhadap masalah ekonomi masa kini. Bayangkanlah kita yang baru nak mulakan kerjaya ni macam mana pulak.

Nota Untuk Graduan yang Baru Nak Mula

Perkongsian oleh Syafieqah A’lya di FB beliau tentang bagaimana untuk mengawal perbelanjaan. So kami kongsikan di sini supaya boleh dijadikan panduan.

Bila boleh mulakan simpanan?

1. Kos hidup makin tinggi, angan-angan juga lebih tinggi. Apa tunggu lagi, jadi kan simpanan anda berbukit-bukit tinggi

2. Anda kata godaan shopping sangat banyak, tiap kali scroll newsfeed nampak saja baju yang cantik dan murah kata anda. Anda lupa pilihan di hujung jari anda, scroll laju-laju atau rajin follow mereka yang share ilmu percuma di fb anda. Mesti fikir banyak kali nak shopping lepas ni.

3. Anda kata tunggu gaji dah banyak baru boleh menyimpan, anda lupa character anda sekarang menunjukkan siapa anda 5 tahun akan datang. Kalau tak percaya cuba ingat balik 5 dahulu sampai sekarang, gaji anda meningkat, berapa simpanan anda ?

4. Setiap orang suka upgrade, dari kereta kecil ke kereta besar, dari hp murah ke hp ipong, dari tiada kad kredit sekarang double triple kad kredit. Cuba tanya mereka, rumah dah ada ?

5. Orang yang nak berubah adalah mereka yang cari jalan keluar dan mencari penyelesaian. Jadikan tips kewangan yang sering kali dikongsi oleh sifu/ mentor/ idola anda sebagai satu jalan.

6. Anda mula simpan RM50 sebulan di tabung haji, selepas 3 tahun simpanan anda adalah RM1,942. Jika pelbagaikan simpanan dengan menambah tabung simpanan ke ASB sebanyak RM100 sebulan dalam tempoh 3 tahun simpanan anda adalah RM4,017. Dan jika ada pendapatan tambahan anda simpan di SSP Bsn, jika rezeki anda mampu jadi jutawan.

Lagi Tips yang dikongsikan

Tips yang sering di kongsikan mudah tulis di atas kertas tetapi sukar untuk di laksanakan tetapi jika diterap disiplin untuk menyimpan tiap-tiap bulan, percayalah anda akan terbiasa menyimpan

1. Mula-mula pelbagai alasan tercipta, sampai berdarah telinga dengar azam yang sama bila tiba awal tahun. ‘Aku rasa nak beli Rumah lah, tapi tunggu aku kaya nantilah’

2. Goal dalam hidup tiada, jika ada pun tanpa usaha tak jadi juga. Ia mesti bergerak selari dengan usaha! Baru lah tak timbul angan-angan mat jenin.

3. Simpan sikit-sikit, dan jangan ketawakan orang yang berjimat cermat. Mereka berusaha dari orang yang bercakap kosong. Bising dan bingit bunyinya.

4. Saya sarankan anda kukuh kan simpanan kecemasan terlebih dahulu baru lah pergi ke arah pelaburan. Jika simpanan tidak kukuh, bagaimana nak ke step seterusnya. Kita perlu bersedia sebelum terkena, ibarat kita nak travel jauh tapi poket kosong tanpa wang belanja bewarna

5. Jangan malu bermula dengan simpanan RM50, lama-lama membukit. Kita punya impian yang besar, kahwin tema garden, kereta pasang turbo laju bak hang, rumah besar tapi balik kerja lewat Malam. Kita boleh kawal perbelanjaan kita jika kita mahu berubah.

‘Susahnya nak follow tips yang di kongsikan, nampak mudah di atas kertas tetapi susah nak laksanakan realitinya’

Betul ke ?

1. Tanpa merancang kewangan anda mungkin tidak nampak hala tuju kewangan anda. Sebab itu anda rasa mustahil beli rumah pada usia yang muda.

2. Anda rasa tidak logik mempunyai simpanan RM117K dengan hanya menyimpan RM600 sebulan. Cuba mula menyimpan dahulu, baru tahu boleh capai atau tidak

3. Anda rasa tidak perlu follow tips kewangan, buang masa je fikir semua ini. Anda ada cara yang lebih baik? Mulakan lah.

4. Anda rasa kewangan anda kritikal waktu ini, mula cari tambahan pendapatan dan setelkan hutang jahat especially kredit kad dan pinjaman peribadi

5. Anda tidak mahu simpan RM275 sebulan @ RM50K ASBF sampai 30 tahun baru dapat duit itu. Sebenarnya anda boleh cut off dari 30 tahun jadi 10 tahun sahaja untuk dapat RM50K

6. Apa perasaan anda kalau simpanan anda sudah ada RM50K dalam akaun? Rasa boleh beli macam-macam kan? Buat lah apa pun, itu duit anda

7. Anda mudah tergoda dengan shopping online? Cara saya mudah, saya akan scroll newsfeed laju-laju. Mood shopping bukan lah masa sekarang.

8. Anda suka travel dan nampak package yang ditawarkan murah? Pergilah, setahun satu atau dua kali cukup lah. Cipta Tabung khas untuk travel anda

9. Kawan-kawan ajak jalan kat shopping mall, cuci mata katanya. Kalau bulan itu saya tidak peruntukkan duit untuk shopping, saya tukarkan ke aktiviti lain

Kesimpulan

Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Kita harus berusaha dengan menetapkan pelan pentadbiran kewangan yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat.

Ia boleh dilakukan !

Orang lain telah melakukannya. Anda juga boleh berbuat demikian! Jika anda benar-benar berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.