General Scholarship Scheme (GSS) Kerajaan India untuk Pelajar Malaysia Dibuka

860
views
Iklan Infopelajar2u

Kerajaan India menawarkan biasiswa General Scholarship Scheme (GSS) kepada pelajar asing yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi atau universiti yang terletak di India untuk sesi akademik 2017/2018. Biasiswa yang ditawarkan ini merupakan biasiswa yang paling popular dalam kalangan pelajar asing di India.

Biasiswa ini ditawarkan pada setiap tahun dan terbuka kepada pelajar asing yang berasal dari negara-negara yang terletak di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Klik di sini untuk melihat senarai negara yang boleh memohon. Biasiswa ini juga ditawarkan untuk pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana (masters), Doktor PhD dan program penyelidikan.

Skim Biasiswa Umum (GSS) untuk Pelajar Asing di India

Permohonan sudah boleh dibuat dan tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Jan 2017

Kriteria Yang Diperlukan Untuk Memohon

  • ICCR menerima permohonan hanya melalui India Mission yang terdapat di luar negara. Oleh itu, pemohon dinasihatkan memohon melalui India Mision di negara-negara masing-masing. Permohonan tidak boleh dihantar terus ke ICCR atau melalui Kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi negara mereka di New Delhi.
  • Pemohon mestilah seorang warganegara yang berasal dari salah sebuah negara yang terletak di Asia, Afrika atau Amerika Latin. Negara-negara tersebut adalah Argentina, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Belgium, Belize, Brazil, Cambodia, Fiji, France, Georgia, Germany, Greece, Guatemala, Hungary, Indonesia, Iran, Iraq, Israel, Jamaica, Japan, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Myanmar, Nepal, Netherlands, Oman, Palestine, Poland, Portugal, Qatar, Russia, Saint Denis Reunion Island, Saudi Arabia, Siberia, Slovenia, South Korea, Spain, Suriname, Syria, Tajikistan, Thailand, Timor-Leste, Trinidad & Tobago, Turkey, Turkmenistan, Tuvalu, UAE, Ukraine, Uzbekistan, Venezuela, Vietnam, Yemen.
  • Pemohon mahir berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
  • Pemohon dinasihatkan untuk menyemak di laman University Grant Commision untuk melihat syarat kelayakan kemasukan mengikut kursus yang ditawarkan oleh universiti pilihan di India sebelum membuat pemilihan.
  • Pemohon perlu menyatakan dengan jelas kursus yang akan diikuti dan universiti pilihan.
  • Kursus boleh dipilih berdasarkan aliran yang diambil ketika SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (untuk permohonan Program PhD).
  • Pemohon yang memohon kursus kedoktoran / pasca kedoktoran wajib menyertakan bersama-sama cadangan penyelidikan. Permohonan yang tidak menyertakan cadangan penyelidikan tidak akan dilayan.
  • Pemohon yang ingin mengikuti kursus seni persembahan hendaklah, jika boleh, menyertakan video / audio persembahan yang telah direkodkan.
  • Pemohon dikehendaki memberi tiga pilihan universiti. Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu sekiranya pemohon tidak diterima oleh mana-mana tiga Universiti pilihan tersebut. ICCR akan membantu mengemukakan permohonan pemohon kepada Universiti lain yang menawarkan kursus-kursus seperti yang dikehendaki oleh pemohon dan pemohon hendaklah bersetuju untuk mempertimbangkan kemasukan ke Universiti  lain yang terletak di India.
  • Bagi pelajar yang ingin memohon untuk kursus penyelidikan selepas menamatkan kursus PhD, mereka perlu kembali ke negara masing-masing terlebih dahulu dan memohon semula untuk kursus penyelidikan. Kemudian kembali semula ke Universiti / Institusi selepas memperolehi “Research Visa”. Sila ambil perhatian, kemasukan terus ke kursus penyelidikan dan permintaan untuk menukar kategori visa dari ‘Visa Pelajar’ kepada ‘Research Visa’ tidak akan dilayan oleh ICCR.

Amaun Yang Akan Dibiayai

Biasiswa ini membiayai perkara berikut:

  • Yuran pengajian
  • Elaun penginapan
  • Faedah perubatan
  • Elaun thesis
  • Contigent Grant
  • Dissertation Dispense

* Tidak termasuk tiket penerbangan.

* Anda boleh merujuk jumlah elaun pada borang permohonan.

Jurusan Yang Ditawarkan

Semua jurusan yang ditawarkan oleh universiti di India kecuali kursus berkaitan perubatan iaitu (Perubatan, Farmasi, Kejururawatan, Fisioterapi dan lain-lain yang berkaitan).

Cara Membuat Permohonan

Pemohon diminta menyemak dahulu senarai universiti dan kelayakan permohonan kursus sebelum mengemukakan permohonan.

Muat turun borang permohonan dan isi selengkapnya dengan mengikut arahan yang telah diberikan dalam borang tersebut.

Permohonan yang lengkap perlu di hantar ke alamat berikut sebelum 23 Januari 2017 :

Education Wing (GSS Scholarship),
High Commission of India,
Menara 1 Mon’t Kiara,
Level 28, No. 1, Jalan Kiara,
Mont’ Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat persoalan, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut menerusi talian dibawah.

Tel: 03 6205 2350 ext 203
Telefax: 03 6143 1192
Email: edu@indianhighcommission.com.my
Website: www.indianhighcommission.com.my

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter