Gaji RM3,500 Untuk Fresh Grad Sudah Tidak Relevan Lagi?

598
views

Sebenarnya banyak ke gaji RM 3,500 di Kuala Lumpur ni ? Mesti syok kan kalau saya dapat gaji besar macam tu.

Baca : 14 Tip Untuk Menyimpan Duit Walaupun Tak Banyak Duit

Apa yang saya boleh buat dengan gaji banyak tu? Saya boleh beli kereta, tukar telefon bimbit baru, pergi melancong ke luar negara dan paling penting sekali dengan duit gaji tu saya boleh hidup senang.

Itu dulu lah. Sebelum saya belajar pasal dunia kewangan. Dan bila saya buat bajet perbelanjaan lain pulak jadinya

Anda Perlu Ada Bajet Perbelanjaan

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Melayang RM 350.

Belum sempat buat apa-apa duit gaji dah kena tolak dengan simpanan KWSP sebanyak 10%.

Jumlah: RM350

2. Pinjaman sewa beli kenderaan

Ada skim beli kereta untuk graduan.

Maklumlah dah kerja, takkan tak ada kereta sendiri. Mana nak letak muka.

Bila dah survey kereta, Myvi 1.3 Std G Metallic cantik. Harga pulak sekitar RM 44,000 sahaja.

Dengan skim graduan mungkin ada rezeki dapat pembiayaan 100%. Ingatkan nak ambik 7 tahun, tapi … hmm. Jadi ambil hutang untuk 9 tahun, saya cuma perlu bayar RM527 setiap bulan.

Saya anggarkan duit tol untuk sebulan RM 50, duit minyak dalam RM 200, kos penyelenggaraan kereta sekitar RM 100 dan bayar parking sebulan dalam RM 200. Campur semua.

Jumlah: RM 1,077

3. Sewa rumah/bilik

Hasrat awal memang nak menyewa rumah.

Tapi survey kos apartment sewa kawasan yang berdekatan Kuala Lumpur paling murah RM 1,200. Tak jadi sewa rumah. Kena sewa bilik. Alhamdulillah. Ada satu bilik sewa yang murah. RM 400 sahaja sebulan.

Jumlah: RM 400

4. Makan & minum

Makanan di kawasan Kuala Lumpur mahal.

Sekali makan boleh cecah RM 10. Tu kalau makan dekat foodcourt. Kalau makan Nandos, Kenny Rogers, Chicken Rice Shop mesti dah lebih RM 10

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Belum campur lagi kalau kawan ajak lepak kedai mamak waktu malam. Kalau sehari belanja makan RM 30 sebulan dah cecah RM 900. Kalau terlebih … ? Hm…

Jumlah: RM 1,000

5. Telefon bimbit

Zaman sekarang semua orang ada telefon bimbit.

Mesti pulak mesti yang ada touchscreen dan boleh layari internet dari bangun tidur sampai tidur semula. Jadi kena lah ambil pakej boleh call, sms dan guna internet sekali. Kos boleh mencecah sehingga RM100

Jumlah : RM 100

6. Hujung minggu

Kalau dah penat kerja, hujung minggu orang bujang mesti nak lepak dengan kawan.

Tiket wayang sahaja RM 15. Belum kira kalau beli air dan popcorn. Kalau tak tengok wayang, mungkin keluar main bowling. Tak pun main futsal. Bersukan pakat kongsi kawan sewa court pun, masih kena bayar.

Jumlah: RM 200

7. Perbelanjaan peribadi

Keperluan peribadi untuk kegunaan kerja.

Nak kena beli kasut kulit, baju kemeja, jaket, tie, tali pinggang dan banyak lagi. Bila saya survey harga, baju kemeja macam jenama Padini dah cecah sekitar RM 80 – RM 100 sepasang. Sebab baru kerja, kena lah beli sikit-sikit setiap bulan.

Jumlah: RM100

8. Belanjawan bulanan

  • KWSP: RM 350
  • Kereta: RM 1,077
  • Sewa Bilik: RM 400
  • Makan Minum: RM 1,000
  • Telefon Bimbit: RM100
  • Bersuka-ria hujung minggu: RM200
  • Keperluan Peribadi: RM100

Jumlah Perbelanjaan: RM 3, 227

Baki Perbelanjaan: RM 273. Alamak ! Duit baki tinggal RM 273!

Ini saya belum agihkan duit gaji saya untuk takaful diri, takaful kereta, duit belanja untuk mak ayah, duit percutian, duit nak balik kampung dan paling penting duit simpanan kahwin. Eh, lepas kahwin nak kena beli rumah kan ?

Kalau duit gaji RM 3,500 pun tak cukup. Macam mana ya ?

Baca Juga : Gadis Ini Kongsi Tips Dapatkan Simpanan RM35,000 Pada Usia 27 Tahun

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter