FAQ : Tingkatan 6 (STPM)

14420
views
Berikut adalah senarai Soalan yang sering ditanya mengenai Tingkatan 6 atau STPM dan juga tersedia jawapan bagi setiap persoalan.

Soalan dan jawapan bagi persoalan kepada Tingkatan 6 (STPM)

1. Adakah saya perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.

3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

Syarat am (kecuali Murid Bekeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2016.
Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.

4. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?

Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia Gred Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK) Tahap

A+ 1 Cemerlang Tertinggi
A 1 Cermelang Tinggi
A- 2 Cemerlang
B+ 3 Kepujian Tertinggi
B 4 Kepujian Tinggi 
C+ 5 Kepujian Atas
C 6 Kepujian
D 7 Lulus Atas
E 8 Lulus
G 9 Gagal

5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) di sekolah tersebut – dapatkan pengesahan Pengetua.

Pastikan alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat’ dan seumpamanya tidak diterima.

Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen.

Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

6. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2016 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui sekolah asal di mana SPM diambil.

Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

7.  Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?

Anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2016 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP).

Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

8. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah caranya?

Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara].

Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan.

Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin diMohon itu berada.
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam?

Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan.

Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap.

Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta paspot murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan.

Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.

10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?

Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking.

Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap.

Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan.

Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

12. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?

Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

13. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 27 Mei 2016. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

14. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?

Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Penggal Satu (1) setiap tahun.

Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut.

Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?

Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri

sumber : moe.gov.my

24 COMMENTS

  1. Saya mendapat keputusan spm 2016 bahasa melayu d…tetapi saya masih waswas samaada saya diterimakah atau tidak untuk masuk ke tingkatan 6?

  2. Nak tye kalau nk tukar sekolah mcm mana? Bukan tukar jurusan. Tukar sekolah je. Saya ditwrkn jurusan agama di sek A tp family nk pindah jauh. sek yg dekat pula B. Kemudian di sek B mmpunyai aliran yg sama. Boleh mohon berpindah? Bagaimana prosedurnya?

  3. tumpeng Tanya….kalau saya datang ke hari pendaftaran tetapi didapati salah satu dokumen yg perlu dibawa tiada…..contoh nya surat berhenti sekolah…adakah saya diteriam masuk ataupun ditolak? teriam kasih

    • stahu saya.jika salah satu dari document anda tidak lengkap,maka,anda perlu lengkap kan walaubagaimana sekalipun.hal ini kerana guru tersebut akan hantar pendaftaran (nama anda) ke jpn.

    • hello fey ash i pon ada masalah mcm u so skrg ni i nak tanya u dah sambung dah ke f6 tahun ni kiranya klau kita nak sambung f6 utk tahun dpn as student sem 1 kiranya boleh la mcm tu. i harap u dpt reply sbb i perlukan pertolongan drpd u skrg sbb masalah kita sama tqvm

  4. Saya nak tanya…dalam surat tawaran tersebut ia ada kata supaya membawa dokumen asal dan salinan yang disahkan semasa pendaftaran…dokumen tersebut perlu disahkan oleh siapa ye???

  5. Saya nak tanya, saya dapat tawaran form 6 tapi saya tak pergi daftar pada tarikh yang ditetapkan kerana ada masalah peribadi, saya call sekolah yang saya dapat tawaran tu dia kata datang ke pejabat pada keesokan hari untuk berjumpa cikgu yang menguruskan f6…persoalannya adakah saya akan dapat tempat untuk f6 tu…sekian

  6. Saya adalah seorang pelajar sewasta dahalu (SPM ) , pada bulan April 2018 saya sudah mendaftar di jabatan pendidikkan JOHOR hendak memasuki tingkatan 6 di sekolah kerajaan, tetapi semasa ini tidak mendapat sebarang malumat daripada pihak berkenaan. Saya meminta pihak tuan boleh menbatu atau memberitahu saya tentang pemohonan saya lulus ataupun tidak.

    TERIMA KASIH

  7. Saya tak nak pergi ke sekolah untuk form 6 tapi saya nak ambil peperiksaan stpm sebagai calon persendirian kerana i nak melanjutkan pelajaran di uni swasta,boleh atau tidak?

  8. Sekiranya ssaya pernah berhenti tetapi saya tidak masuk kelas dan orientasi , saya suma sempat berdaftar untuk kemasukan tingkatan 6 , tetapi bolehka saya mohon semula untuk masuk tingkatan 6 ?

  9. sy tlh brpndh ke skolah bru.slpas bbrpa mnggu sy brhasrat untuk pndh balik ke skolh lama..adakah perpindahan itu diterima?

  10. Bolehkh kalau sya sudah transfer ke sekolah baru beberapa hari yang lepas..ingin sekolah balik kat sekolah lama

  11. Tumpang tanya.saya akan menduduki spm tahun ni.saya mahu masuk jurusan sains sosial kerana meminati geografi.namun sekolah saya tiada menawarkan subjek geografi.saya pelajar sains tulen.macam mana nak minta tukar jurusan nnti jika dpt jurusan sains tulen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here