Fair & Lovely Taja Biasiswa Berjumlah RM200,000

590
views
Iklan Infopelajar2u

Fair & Lovely membiayai tajaan biasiswa berjumlah RM200,000 kepada wanita muda terpilih yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah di universiti-universiti awam Malaysia

Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd, Callista Fernandez berkata, program tajaan kali kedua ini merupakan inisiatif Fair & Lovely untuk mengubah dan memberi inspirasi kepada kehidupan golongan wanita menerusi pendidikan, kecantikan dan keyakinan diri.

Callista Fernandez (tengah) bersama 40 pelajar universiti awam yang mendapat tajaan biasiswa Fair & Lovely, baru-baru ini.

“Komitmen produk kecantikan ini membolehkan wanita muda Malaysia untuk membentuk masa depan mereka dengan kekuatan dalaman dan keyakinan diri tinggi.

“Kami berimpian untuk menjadi sebuah jenama yang bukan sahaja menerajui aspek kecantikan dan keyakinan untuk wanita tetapi juga mengambil berat tentang cita-cita dan peluang pendidikan mereka,” katanya.

Callista memberitahu, dengan peningkatan kos sara hidup, ramai pelajar berdepan dengan masalah kewangan sepanjang pengajian mereka, namun dengan ada biasiswa ini memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian tanpa rasa terbeban.

“Kami memberi peluang sebenar kepada golongan wanita muda untuk menghadapi cabaran dari segi kewangan ketika melanjutkan pengajian demi kelangsungan mengejar cita-cita mereka di menara gading,” katanya.

Permohonan biasiswa Fair & Lovely kali kedua ini mendapat permintaan tinggi iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus iaitu sebanyak 12,044 permohonan yang diterima dari 23 buah universiti awam berbanding 8,000 permohonan pada tahun lalu.

Pada majlis penyampaian biasiswa tersebut, sebanyak 40 wanita muda menerima RM5,000 seorang sebagai pembiayaan tajaan yuran pengajian dan pembelian buku akademik.

Artikel Penuh : Utusan Melayu