Elaun Sara Hidup Pelajar IPG PISMP Dihentikan Mulai Jun Tahun Depan

3500
views
Iklan Infopelajar2u

Tiada Lagi Elaun Pelajar IPG dan PTPTN mungkin jalan terbaik untuk yang memerlukan. Percaya atau tidak itulah berita yang baru diterima. Walaupun ianya pernah kedengaran pada satu masa dahulu namun tidak disangka ianya diputuskan untuk dilaksanakan juga.

Tiada Lagi Elaun Sara Hidup Pelajar IPG PISMP

Kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon.

Memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, beliau bagaimanapun berkata, pembiayaan bagi mereka yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan diteruskan.

“Keseluruhan kos bagi empat tahun pengajian PISMP ialah RM27,831. Ini masih akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Menurut akhbar itu, guru pelatih disaran memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka.

Katanya, mereka yang sedang mengikuti PISMP akan terus menerima RM430 sebulan untuk elaun sara hidup dan elaun perjalanan tidak lebih RM500 setahun sehingga mereka tamat pengajian.

Chong berkata, elaun dan yuran kursus di Institut Pendidikan Guru setahun bagi program pra-PISMP sebanyak RM8,163 juga akan dibayar oleh kerajaan.

Status Bayaran Elaun Pelajar IPG

Bagi Pelajar PPISMP

  • Elaun Sara Hidup RM430.00
  • Yuran Pengajian RM8,963.00
  • Tambang tidak melebihi RM500.00 sekali setahun berdasarkan tuntutkan sebenar perjalanan.

Bagi Pelajar PISMP

  • Tiada sebarang bayaran Elaun.
  • Yuran Pengajian ditanggung RM27,831.00
  • Pinjaman PTPTN untuk sara hidup bagi yang memerlukan.