Doa Untuk Tenangkan Diri Daripada Tekanan

2466
views

Sebagai manusia biasa kita tidak pernah terlepas dari bebanan masalah tidak kira apa jenis masalah. Masalah ini boleh memberikan tekanan kepada kita samaada tekanan dengan kerja, belajar, kekusutan hidup, rumahtangga dan banyak lagi.

Sebagai manusia biasa kita tidak pernah terlepas dari bebanan masalah tidak kira apa jenis masalah. Masalah ini boleh memberikan tekanan kepada kita samaada tekanan dengan kerja, belajar, kekusutan hidup, rumahtangga dan banyak lagi.

Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Bagi seorang mukmin, doa adalah senjata (wasilah) kerana tidak ada perlindungan dan daya kecuali dari ALLAH SWT. Doa adalah ibadah, senjata, benteng, ubat dan juga pintu segala kebaikan.

Jadi disini kami kongsikan satu doa yang baik untuk menghadapi stress atau tekanan.

Doa Untuk Menenangkan Diri Dari Tekanan

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan). Ubun-ubunku dalam genggamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ (keputusan) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

Petua Beramal Doa Penawar Perasaan Duka dan Sedih serta Tekanan Perasaan atau Stress

Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka, maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W ini. Tatkala Nabi S.A.W selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada Baginda S.A.W : Wahai RasululLah, orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini?

Jawab Baginda S.A.W, “Ya! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia. Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah S.W.T akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.