Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah

5547
views
Iklan Infopelajar2u

Awal Muharram juga bermulanya tahun baru di dalam kalender (Takwim) Islam, ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya.

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang bermula dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi

Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah berpindah untuk mencari kehidupan yang baharu yang lebih baik bagi kehidupan yang maju dan sempurna pada masa akan datang.

BACAAN DOA AKHIR  DAN AWAL TAHUN 1438 HIJRAH DAN AMALAN SUNAT

Bersempena dengan Maal Hijrah ada di kalangan umat Islam yang mahu membaca doa akhir dan awal tahun. Berikut adalah lampiran dan video doa akhir dan awal tahun hijrah

Doa akhir tahun dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar)

doa-akhir-tahun-hijrah

Doa awal tahun pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram selepas menyempurnakan fardhu Maghrib

doa-awal-tahun-hijrah

HUKUM MEMBACA DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di medium laman media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan bid’ah yang jelas haram di sisi Islam

Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut

Bagi menjelaskan, kami sertakan beberapa video ceramah agama yang boleh menjawab atau jawapan kepada persoalan berhubung dengan perkara ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here