Diploma atau Matrikulasi? Mana Satu Yang Lebih Baik

6729
views

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Kami mendapat banyak soalan daripada pelajar bertanya bantuan untuk memilih antara Matrikulasi dan Diploma program.

“Matrikulasi atau Diploma ?”

“Apakah kelebihan matrikulasi ataupun mengambil Diploma adalah lebih baik?” 

Jadi disini kami terangkan risiko dan kelebihan program diploma dan matrikulasi.

Diploma

Diploma bergantung pada program ( Course) yang diambil. Ada sesetengahnya 2 tahun setengah, ada pula yang memakan masa kira- kira 3 tahun. Namun, keuntungan yang bakal diperoleh oleh pemegang diploma selepas bergraduasi nanti adalah peluang pekerjaan yang cerah (bergantung pada kehendak pasaran pekerja).

Maklum sajalah, berbeza dengan sijil lepasan matrik, sijil diploma boleh diaplikasikan untuk meraih pekerjaan. Manakala, sijil matrik pula hanya ‘laku’ digunakan sebagai syarat memasuki Universiti.

Kelebihan :

  • Jika pointer jatuh, masih ada masa untuk memperbaikinya.
  • Mendapat banyak pendedahan tentang skop pekerjaan serta pengalaman bekerja ( praktikal).
  • Diajar bagaimana menganjur program dan nilai etiket sosial.
  • UiTM- Memberi pengecualian kredit bagi sesiapa yang mengambil diploma dari UiTM dan menyambungnya di UiTM juga.

Risiko :

  • Terlalu ramai lepasan diploma di Malaysia
  • Perlu mendapatkan pointer paling kurang 3.0 ke atas bagi menyambung ijazah.
  • Bagi peminjam PTPTN, anggaran kasar pinjaman anda adalah sebanyak RM 15000 dan perlu dibayar 6 bulan selepas tamat belajar.
  • Sesiapa mendapat pointer dibawah 2.0 dalam mana- mana semester, PTPTN anda akan digantung selama satu sem.
  • Ada sesetengahnya- Terus saja ingin bekerja kerana dirasakan belajar satu bebanan.
  • Ramai yang terleka kerana hanyut dengan masa senggang.

Baca juga : Tingkatan 6 atau Diploma

Matrikulasi

Bagi pelajar Sains, mereka dibekalkan dengan 4 modul berbeza serta pilihan tahun yang pelbagai. Ada diberi 2 tahun, ada pula yang hanya setahun (bergantung pada result SPM anda). Mengikut rakan- rakan matrik, menjadi pelajar selama satu tahun ( 2 semester) adalah lebih mudah dibandingkan dengan yang 2 tahun. Hal ini kerana, peruntukan masa yang lama menuntut para pelajarnya mengambil test dan ‘ Carrymark’ dalam jangka waktu panjang.

Jadi, sesiapa yang merasakan dia mampu cemerlang dalam semua cabaran tersebut, Silakan. Namun, bagi mereka yang 4 semester ini, silabus pelajarannya adalah lebih perlahan dibandingkan dengan yang satu tahun tadi.

Kelebihan :

  • Mendapat elaun daripada pihak kerajaan.
  • Senang membiasakan diri dalam suasana Universiti yang lebih banyak masa terluang.
  • Tempoh pembelajaran yang singkat.
  • Kursus dalam ijazah ( untuk diisi dalam UPU) kebiasaanya adalah lebih luas dan bervariasi berbanding diploma ( Cth: Perubatan & Pakar Bedah).
  • Diberi penerapan kemahiran insaniah ( Soft skill).
  • Mengajar erti berdikari.
  • Program kokurikulum menarik.

Risiko :

  • Silabus mantap dan gaya pembelajaran yang pantas.
  • Sijil matrik hanya boleh digunakan untuk menyambung ijazah di mana- mana universiti.
  • Wajib mengambil MuET.
  • Mempunyai pesaing iaitu pelajar Pra- U ( Ting 6) & ASASI.
  • Mengikut statistik baru- baru ini, pelajar yang mendapat pointer 4.0 atau 3.5 ke atas semakin bertambah ( Menunjukkan persaingan dalaman juga meningkat ATAU system pemarkahan semakin longgar)
  • Perlu memperoleh pointer 3.0 dan ke atas bagi meraih program yang dikehendaki ( Jika tidak, besar kemungkinan mendapat ‘course’ lelong)

Untuk pengetahuan, sijil matrikulasi sudah diktiraf untuk permohonan bekerja sejak 2016. Boleh baca Lulusan matrikulasi boleh mohon kerja.

Diharap post ini dapat membantu untuk lepasan SPM memilih hala tuju masing-masing
Sekian.

Baca : Tingkatan 6 atau Diploma

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here