Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan Zakat Kedah

579
views

Baru melanjutkan pengajian di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/PhD? Bantuan ini untuk anda bagi yang baru memasuki pengajian awal di dalam negara.

Bantuan ini adalah dibawah ASNAF FISABILILLAH. Sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Syarat Penerima Bantuan

  1. Islam
  2. Bermastautin / tinggal tetap di Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Menerima tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil / Diploma / Matrikulasi / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD bermula tahun 2017 sahaja.
  4. Tempoh minimum pengajian adalah setahun.
  5. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.

Prosedur Mengisi Borang.

Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS. Download borang permohonan di pautan dibawah

Borang yang telah lengkap diisi perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen berikut (WAJIB DISERTAKAN) :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Waris / Penjaga
  • Salinan Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran
  • Salinan Slip Bank / Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian (yang telah dijelaskan), atau apa-apa dokumen bukti pembayaran masuk atau surat akuan masuk belajar daripada IPT.
  • Salinan Resit Zakat Harta / Kupon Zakat Fitrah (asal) Lembaga Zakat Negeri Kedah.
  • Salinan akaun bank pelajar.

Semua salinan dokumen tersebut perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, dan Penghulu).

Permohonan hendaklah dibuat melalui Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah juga dihantar ke Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah dua (2) minggu dari tarikh borang dikeluarkan. (Alamat sila rujuk di bawah)

Setiap maklumat diri akan direkod di dalam Sistem Agihan Zakat Berkomputer. Pemohon yang berjaya akan diberitahu secara bersurat / telefon oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang berdekatan.

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
Aras 3, Menara Zakat,
Jalan Telok Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah.

Tel : 04-7331740
Faks : 04-7316280
Aduan/Cadangan : [email protected]

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter