Nak tahu apa barang peribadi yang perlu dibawa ke UiTM? Jadi di sini kami kongsikan serba-sedikit petunjuk untuk bakal-bakal siswa/siswi yang akan masuk ke IPTA. Diharap ianya membantu.
By https://infopelajar2u.com #UiTMSI #CheckListMasukUiTM #MDSUiTM
Umum :
- Dokumen selengkapnya, alatan solat, ubat-ubatan (yg korang sentiasa guna), payung, plastic(utk simpan kasut time solat), pen/alat tulis
- Hanya katil dan tilam disediakan. Kelengakapan lain bawa sendiri.
Etika Pemakaian :
Pakaian Lelaki
- Hari pendaftaran – Pakaian Formal/Smart Casual.
*Kemeja Putih, Slack Hitam, Kasut Formal Hitam
** Kemeja, Slack, Tie,Stoking, Tali Pinggang
- Riadah – T Shirt berkolar Putih Plain, Tracksuit, Kasut Sukan
Pakaian Perempuan
- Hari pendaftaran – Formal/Smart Casual
*Baju Kurung Putih Plain, Tudung Bawal Hitam, Kain Hitam/Gelap, Kasut bertutup Hitam/Gelap
**Baju kurung, Tudung Bawal (aneka warna),Stoking, Anak tudung, Tracksuit
- Riadah – Tshirt (Menutup aurat), Tracksuit (bawa 3-4 helai), Kasut Sukan
Nota :
* Untuk dipakai pada Hari Kemuncak Minggu Destini Siswa (MDS)
** Pakaian sepanjang sesi MDS
Maklumat Lanjut
- Bawa Tracksuit lebih untuk perempuan
- Hanya BAWAL sahaja yang dibenarkan
- Tiada pakaian ketat/menjolok mata (baju bawah punggung)
- Non muslim – Berpakaian sopan
- Tidak perlu bawa barang berharga sewaktu orentasi
- Untuk lelaki, JEANS TIDAK DIBENARKAN
- Jika tiada tshirt putih – pakai tshirt plain gelap
- Jika tiada kasut/kain/seluar hitam, pakai warna gelap (cth : dark brown/dark blue)
- Jika sakit/ada alahan terhadap makanan, sila maklumkan dengan kadar segera kepada Faci.
- Simpan No Faci/roommate
- Bawa kunci locker untuk keselamatan