Cara Solat Terawih Secara Ringkas

235
views
Iklan Infopelajar2u

Berikut merupakan perkongsian daripada Ustaz Khairul Anuar Basri. Menurutnya tahun 2020 ini akan tercatat dalam rekod dunia, imam terawih paling ramai dalam sejarah. Sebabnya bila masjid dan surau dah tak boleh nak masuk, semua orang akan bersolat terawih di rumah masing-masing.

Kepada yang mahu menunaikan solat terawih secara sendiri atau bagi yang berkeluarga di sini kami kongsikan cara menunaikan solat terawih secara ringkas.

Tatacara Solat Terawih Ringkas

Solat terawih dilaksanakan selepas solat Isyak. Jadi mulakan dahulu solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarga.

Boleh dilakukan dengan bilangan rakaat paling minimum iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat.

Lafaz niat solat terawih ialah “Sahaja aku solat terawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allahu akbar!

Solat 2 rakaat seperti biasa dan selepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dan lepas tu naik lagi untuk solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Jadi sempurnalah 4 rakaat.

Apabila selesai 4 rakaat, anda bolehlah ambil sedikit masa untuk berehat.

Kemudian, sambung lagi 2 rakaat dan lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.

Jadi, ini adalah tatacara ringkas yang anda kena tahu. Buat macam yang ditulis ini, insyaAllah selesai dan sah la solat terawih secara berjemaah.

Surah Cadangan Untuk Dibaca

Disebabkan solat terawih dilaksanakan dalam 8 rakaat, dicadangkan supaya surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat.

  1. Rakaat Pertama – Surah Al-Mā’ūn (أرءيت الذي يكذب بالدين)
  2. Rakaat Kedua – Surah Al-Kautsar (إنا أعطينا كالكوثر)
  3. Rakaat Ketiga – Surah Al-Kāfirūn (قل يأيها الكافرون)
  4. Rakaat Keempat – Surah An-Nasr (إذا جاء نصر الله والفتح)
  5. Rakaat Kelima – Surah Al-Masad (تبت يدا أبي لهب وتب)
  6. Rakaat Keenam – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
  7. Rakaat Ketujuh – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
  8. Rakaat Kelapan – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)

Nota :

Boleh sahaja kalau nak baca surah-surah lain. Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu.

Selang antara 2 rakaat solat terawih lebih baik dibacakan selawat dan doa.

Jadi solat la terawih dan janganlah ditinggalkan. Seeloknya dilakukan secara berjemaah. Baru dapat pahala berlipat kali ganda.

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Online

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan melalui facebook dan sebagainya.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here