Adakah anda individu warganegara Malaysia yang sudah mencapai umur 21 tahun? Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya yang akan datang?
Jika anda masih belum berbuat demikian silalah daftarkan diri, jalankan tanggungjawab anda !
Sebagai makluman, semakan daftar pemilih (pengundi) dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang
Syarat Mendaftar Pemilih SPR
Syarat minimum bagi seseorang untuk layak mereka menjadi pemilih ialah
- Seorang warganegara Malaysia,
- Telah mencapai umur 21 tahun,
- bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Cara Semak Nama Pendaftar SPR Secara Online
Kepada mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih melalui saluran yang sah boleh membuat semakan Daftar Pemilih secara online atau menggunakan SMS yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Semakan Nama Daftar Pemilih Secara Online (Individu)
Sila layari sistem aplikasi Semakan Daftar Pemilih yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi portal rasmi, klik pada pautan di bawah
Semakan Nama Daftar Pemilih Secara Online (Isi Rumah)
Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih yang telah disahkan secara serentak, klik pada judul pautan berikut
Semakan Nama Daftar Pemilih Secara SMS
Taip format penghantaran mesej seperti berikut
SPR <jarak> No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888
atau
SPR <jarak> SEMAK <jarak> No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat dan keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di pautan http://spr.gov.my atau sila hubungi talian 03-8892 7000
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter