Cara Semak Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Online

117614
views

Kementerian Kewangan Malaysia telah membuat pengumuman pada 24 Februari 2019 bahawa Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang dahulunya dikenali sebagai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) akan diteruskan pada tahun ini.

Bantuan tersebut adalah sebanyak RM100 bagi setiap pelajar berwarganegara Malaysia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT)

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 secara online melalui pautan yang telah disediakan.

Cara Semakan Status Permohonan KADS1M

Pelajar boleh membuat Permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat bagi mendapatkan bantuan RM100 secara online bermula 1 April 2019 menerusi Bank Rakyat yang bertindak sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengeluaran kad tersebut.

Untuk membuat permohonan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, sila klik pada judul pautan dibawah. Terdapat 2 kategori penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Tarikh akhir bagi permohonan BPPT 2019 adalah pada 30 April 2018 (Selasa).

Semakan Status Keputusan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

Semakan status nama yang berjaya menerima bayaran BPPT boleh disemak di Bank Rakyat (untuk penerima BPPT sedia ada) pada hari Khamis, 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan BPPT boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai tarikh tersebut.

Sila Klik : SEMAKAN KELAYAKAN BPPT

Syarat Dan Kriteria Kelayakan

Warganegara Malaysia

Mempunyai status aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan dalam Malaysia seperti dinyatakan berikut:

  • Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asasi (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
  • Intitut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akata yang berkuatkuasa; atau
  • Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas

Cara Dapatkan Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

1. Isi borang e-Permohonan

Sila Klik Link : Permohonan Online Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019

2. Status permohonan akan disahkan melalui emel

3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan Kad Debit Bank Rakyat. Tarikh akhir bagi pengambilan kad tersebut di semua cawangan Bank Rakyat adalah pada 31 Julai 2019

Tarikh Penting Permohonan BPPT Online

Maklumat Lanjut Permohonan Dan Semakan BPPT

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila berurusan dengan pihak pentadbiran IPT masing-masing atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter