Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTN) merupakan badan yang berperanan sebagai pemberi pinjaman wang kepada pelajar khususnya pelajar di Universiti Awam dan Swasta.
PTPTNĀ juga turut memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar kolej dan akan bekerjasama dengan IPGM bagi memberi kemudahan pinjaman setelah pemansuhan pemberian elaun sara hidup kepada penuntutnya.
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN
Bagi mereka yang telah atau pernah meminjam PTPTN, anda boleh membuat semakan baki pinjaman di Laman Web PTPTN.
Pertama sekali anda perlu ke Laman PTPTN Login untuk melihat akaun anda : http://www.ptptn.gov.my
Anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah, pilih Semakan Penyata Pinjaman PTPTN.
Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan anda kemudian tekan Semak. Penyata Kira-kira Pembiayaan Ujrah (Bagi mereka yang sudah beralih ke Ujrah)/ atau Penyata Pinjaman Konvensional akan keluar dipaparkan dan klik di situ.
Anda akan dibawa ke portal PTPTN untuk login, lepas itu sila masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
Setelah log masuk anda akan dapat melihat Penyata Akaun PTPTN anda dengan klik pada Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci.
Menu yang anda boleh lihat setelah log masuk:
- SENARAI PENDAFTARAN
- PENDAFTARAN BARU
- TUKAR KATA LALUAN & ALAMAT EMEL
- PENYATA BAKI
- PENYATA BAKI TERPERINCI
- SIJIL INDUK TAKAFUL
Contoh Penyata PTPTN Ujrah
Maklumat Lanjut
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Maklumbalas : Bantuan Online
Careline : 03-2193 3000
Faks : 03-2193 1263 / 03-2193 1267