Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online

48830
views
Iklan Infopelajar2u

Kami akan kongsikan cara membuat semakan Baki Pinjaman PTPTN Online dan SMS untuk panduan peminjam semua. Membuat pembayaran balik menurut jadual adalah perlu bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukan pinjaman  semasa menyambung pengajian dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Terkini Oktober 2016 : Senarai insentif diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN (bajet 2017)

Semak Baki Pinjaman PTPTN Online

Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat semakan baki PTPTN secara online :-

  1. Layari Laman Web PTPTN, sila klik www.ptptn.gov.my
  2. Klik Ikon Penyata Pinjaman – epay.ptptn.gov.my/penyata
  3. Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
  4. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
  5. Semak

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN.

* Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Baca Juga : Cara Semak Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter