Home Info Cara Kemaskini & Permohonan BPR Bantuan Prihatin Rakyat

Cara Kemaskini & Permohonan BPR Bantuan Prihatin Rakyat

731

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR mula diperkenalkan ketika pembentangan Bajet 2021. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan berbentuk wang diberikan kepada rakyat yang layak.

BPR menyasarkan semua golongan daripada B40 sehinggalah M40. Bantuan yang diberikan pula berbeza bagi setiap kategori. Sila rujuk panduan di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.

Permohonan BPR Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Kepada yang berkelayakan anda boleh mula membuat Permohonan BPR bermula pada bulan Januari 2021.

Permohonan boleh dibuat pada laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat yang disediakan dibawah :

Nota : Permohonan baru hanya untuk mereka yang bukan penerima BSH atau BPN 2.0

Jumlah Bantuan BPR 2021

Jumlah BPR yang diberikan adalah seperti di bawah:

  • Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2500: RM350
  • Isi rumah pendapatan kurang dari RM2500 : RM1200 (1 orang anak), RM1800 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM4001- RM5000 : RM500 (1 orang anak), RM750 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM2501- RM4000 : RM800 (1 orang anak), RM1200 (2 orang anak ke atas).

Sedikit pembaharuan pada bantuan kali ini adalah, had bagi golongan bujang diturunkan kepada 21 tahun ke atas. Berbanding sebelum ini ketika BSH iaitu 40 tahun ke atas.

Cara Untuk Kemaskini Permohonan BPR

Jika anda merupakan penerima BSH atau BPN 2.0, boleh terus log masuk ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login untuk kemaskini dan semak permohonan anda.

Semakan juga boleh dilakukan pada bulan Januari 2021.

Dijangka pembayaran akan dibayar kepada penerima sebelum Aidilfitri 2021, iaitu pada bulan April/Mei 2021.

Cara Membuat Permohonan BPR (Permohonan Baru)

Cara membuat permohonan baru BPR 2021. Permohonan baru hanya untuk mereka yang bukan penerima BSH dan BPN 2.0.

1. Laman Web Rasmi BPR

Permohonan dibuat secara onlone dengan melayari laman web rasmi BPR di alamat https://bpr.hasil.gov.my

2. Mengisi Borang Permohonan (Manual)

Selain secara online, ianya boleh juga dibuat secara manual dengan download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN berdekatan anda.

3. Hadir ke Pejabat LHDN yang terdekat

Selain 2 cara ini, permohonan boleh dibuat dengan menghadirkan diri ke

  • Pejabat Cawangan LHDNM
  • Pusat Khdimat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Sila hadir dengan kemukakan borang permohonan yang telah diisi dan pastikan beserta dokumen sokongan.

Cara Kemaskini BPR

Cara-cara untuk kemaskini permohonan BPR menggunakan telefen bimbit. Jika tiada tambahan anda boleh mengikuti langkah seperti di bawah.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Bilakah permohonan BPR akan dibuka?

  • Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat?

  • Bergantung kepada kategori. Maksimum sehingga RM1,800.

Sebagai penerima BSH adakah saya layak?

  • Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH layak menerima BPR 2021.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?

  • Fasa 1 pada April/Mei 2021 dan Fasa 2 pada September/Oktober 2021. *Jadual pembayaran tertakluk kepada perubahan

Baca : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Online

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan sama-sama kita putuskan rangkaian virus Covid-19 ini dengan tinggal sahaja di rumah.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter