Khas untuk warga negeri Perak, anda mempunyai kelayakan untuk mendapat wang percuma sebanyak RM200 melalui tabung simpanan pendidikan Yayasan Perak.
Bantuan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti, mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi dan mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

Syarat-syarat Permohonan
Tabung Simpanan Pendidikan ini merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak, berikut merupakan syarat permohonan :
- Pendapatan (isi rumah) di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019).
- Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
- Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
Nota :
Bagi permohonan di no 2, dan 3, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN
Bagi permohonan di no 4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.
Cara Membuat Permohonan
Anda wajib membuka akaun SSPNi-i sekurang kurangnya serendah RM 20. Untuk pembukaan akaun secara online sila klik link di bawah:
Sila masukkan id : 000004179
Baca : Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online
Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau muat turun secara online melalui link dibawah :
Nota : Sokongan/Perakuan – ADUN / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
Borang permohonan Yayasan Perak yang lengkap boleh hantar di Yayasan Perak atau hantar ke cawangan PTPTN UTC PERAK. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.
Maklumat Lanjut
Whatsapp untuk keterangan lanjut:
- Cik Hafizah : https://wapp.my/60142582948/JomSimpan
- Puan Izzati : https://wapp.my/60164144210/sspn
- Encik Aikal : http://www.wasap.my/60174660206
- Encik Khairul : https://wapp.my/601151488755/JomSimpan
- Cik Aina : http://www.wasap.my/60175296675
- Encik Hazarul : http://www.wasap.my/60149053518
- Puan Intan : http://www.wasap.my/60125300468
- Puan Afifa : http://www.wasap.my/60175859693
Terima kasih kerana membaca semoga perkongsian ini berguna untuk anda semua.
Baca : 8 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter