Cara Pelajar Universiti Menjana Pendapatan Sambilan

Nota Editor : Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Muhammad Kasyfi. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat pembaca semua. Follow beliau di Facebook.com

4984
views
Iklan Infopelajar2u

Ada rakan bertanya, macam mana nak buat duit waktu belajar tanpa kerja bawah orang. Saya tahu zaman sekarang pelajar ramai sudah masuk dalam bidang bisnes, dropship yang lagi senang. Tapi apa yang saya ingin kongsikan di bawah ini lebih kepada nak asah kemahiran softskill membuat jaringan dengan masyarakat.

Rezeki Tuhan luas dan senang sangat nak cari. Mahu atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri. Di sini saya lampirkan pilihan untuk cari duit poket kalau anda ada komitmen lain (masih belajar).

#1 Memiliki Kenderaan

Benda ni sesuai jika anda ada kereta sendiri. Aset yang paling senang sebagai seorang pelajar. Alang-alang setiap hari akan ke kelas, iklankan kepada siswa-siswa lain yang anda ada buat servis hantar ke kampus balik ke hostel atau rumah sewa. Bayaran per ride dan cuba letakkan jumlah tetap.

Misal kata dari rumah saya ke kampus dalam 5km. Kemudian, saya akan melalui 2 buah perumahan pelajar dalam perjalanan ke kelas setiap hari. Setiap hari akan ada pelajar lain yang nak tumpang dan saya ambil caj rm5 per ride. Dari situ sudah potong perbelanjaan minyak hari-hari ke kelas. Pada masa yang sama anda ada peluang untuk bina jaringan.

uber-just-introduced-a-whole-new-way-to-take-a-ride

Anggaran untung RM50 sehari jika minima 6 trip.

Cara kedua adalah, mengambil upah runner barang dapur atau barang keperluan. Bila alang-alang anda singgah supermarket, iklankan kepada rakan-rakan apa benda nak beli. Yang paling dapat sambutan adalah mineral water satu karton. Ambiklah sikit upah per item dalam seringgit dua. Jika 10 karton anda sudah mendapat RM20 sekali pergi.

Untuk membantu anda, Nik Razman salah seorang yang dah berjaya buat duit dengan uber ni telah tulis sebuah buku panduan lengkap Rahsia Uber. Beliau kongsikan langkah demi langkah. Ikut segala-galanya.

Sehinggakan ada yang mampu Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta Dan Boleh Buat Duit Dari Rumah Dalam Sekelip Mata Sahaja!

Dapatkan eBook Rahsia Uber secara diskaun dengan link ini

#2 Menjual Makanan

Di sini anda akan ada peluang yang besar. Salah satunya, beli mikrowave sendiri (ini aset). Setakat rm250 sudah boleh dapat sebiji. Dengan oven ni macam-macam benda boleh buat. Daripada roti, lasagne, kebab, piza sampailah ke kek.

#3 Berkebun & Tukang Kemas

Jika rumah sewa ada tanah, tanamlah sayur atau apa-apa yang berbakti kepada tanah. Sewa tukang kebun kampus anda punya mesin rumput (kautim dengan dia), pergi ambil upah bersihkan laman jiran. Upah boleh ambik bergantung pada besar rumah. Sehari boleh jejak RM100 sehingga RM200 jika anda bijak menyusun kata.

#4 Mengambil Upah Menjahit & Servis

Ambil upah jahit tepi waktu hujung minggu anda sudah boleh hidup senang tak harapkan makanan ringan buat alas perut. Pelajar ada satu power yang mistik. Nama pun pelajar, maka dari situ mereka simpati dengan anda. Kemudian, anda ada peluang jual servis dengan senang hati. Tidak kira sama ada servis tolong cuci kereta luar dalam, servis tolong abang kakak yang tengah kusut FYP, jika anda hebat design, buat service design event atau logo.

#5 Tutor

UPSR-PT3-SPM-STPM private tutor. Kalau anda hebat dalam bahasa arab, boleh buat totor untuk STAM. Jika hebat mengajar mengaji boleh mengajar mereka baca quran malam-malam atau hujung minggu. Upah ambil ikhlas hati. Jangan berkira upah sebab anda kongsi ilmu.

Anda juga boleh baca pautan yang berkaitan :

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter