Panduan Permohonan UPU Online 2019 Serta Tarikh Penting

41448
views

Makluman awal bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU 2019. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Kolej Komuniti sesi akademik 2019 / 2020 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) akan dibuka bermula pada tarikh 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019.

Permohonan UPU Online 2019

Sebagai makluman, untuk membuat permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon wajib membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.

Tarikh rasmi permohonan dibuka : 25 Febuari 2019 jam 12 tengahari

Tarikh-Tarikh Penting UPU 2019

  • 25 February : Permohonan UPUOnline Dibuka
  • 25 February : Jualan Unik ID Dibuka
  • 01 April : Jualan Unik ID Ditutup
  • 02 April : Permohonan UPUOnline Ditutup
  • 17 ~ 20 Apr : Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
  • 21 ~ 29 Apr : Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan
  • 10 ~ 14 May : Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  • 15 ~ 19 May : Ujian MEdSI Dijalankan
  • 15 May ~ 28 Jun : Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA)

Kategori Permohonan UPU 2018

1) Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )

  • STPM 2018
  • Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2018 / 2019
  • STAM 2017 & 2018
  • Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )

2) Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )

  • SPM 2018
  • SPM 2017
  • SPM 2016

Syarat Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Cara Mengisi Borang Permohonan UPU Online

  1. Untuk pemohon kali pertama, pemohon perlu mencipta akaun baharu bagi membolehkan anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
  2. Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru untuk melengkapkan borang permohonan UPU Online.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah :

Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here