Panduan Permohonan UPU Online 2018 Serta Tarikh Penting

23723
views

Makluman awal bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU 2018. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Kolej Komuniti sesi akademik 2018 / 2019 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) akan dibuka bermula pada tarikh 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.

Permohonan UPU 2018 UPU Online

Sebagai makluman, untuk membuat permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon wajib membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.

Tarikh rasmi permohonan dibuka : 5 Febuari 2018 jam 12 tengahari

Kategori Permohonan UPU 2018

1) Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )

  • STPM 2017-11-30 Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2017 / 2018
  • STAM 2016 & 2017
  • Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )

2) Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )

  • SPM 2017
  • SPM 2016
  • SPM 2015

Syarat Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah :

Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter