Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Online

184527
views
Iklan Infopelajar2u

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam Pakej Ransangan Ekonomi diperkenalkan oleh Perdana Menteri akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua kali ansuran, pertama dibayar hujung bulan Oktober 2020 dan kedua pada bulan Januari 2021. Bagi Golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300. Menurut Perutusan Khas Perdana Menteri, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan diberikan mengikiut kategori adalah seperti berikut:

Jumlah Bantuan Prihatin Nasional

Berikut adalah kategori penerima iaitu:

  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  • Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Berikut adalah tarikh pembayaran BPN:

Sila Baca : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Untuk Pelajar

Semakan Status & Cara Mohon BPN

Untuk membuat permohonan atau mengetahui sama ada lulus atau tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional, pemohon hendaklah membuat semakan BPN 2.0 terlebih dahulu.

Semakan status boleh dibuat di portal rasmi BSH di bawah :

Untuk membuat permohonan anda boleh ke Portal rasmi BPN kini boleh diakses di :

Perhatian : Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH. Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.

Kategori Kelayakan Permohonan

Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.

1) Isi rumah B40

  • Kahwin; atau Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang B40

Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan

Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

3) Isi rumah M40

  • Kahwin; atau Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

4) Bujang M40

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

Cara Pembayaran BPN

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

  • Ada maklumat akaun : bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit : bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun : bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

Adakah Pelajar Universiti akan Dapat Bantuan Bujang?

Berikut adalah perkongsian jawapan yang dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC yang membantu menjawab soalan pelajar yang keliru mengenai kelayakan mereka menerima bantuan bujang dan pelajar sekaligus.

Berikut pula adalah persoalan mengenai pelajar separuh masa.

Penanguhan Pembayaran PTPTN

Turut diumumkan penangguhan PTPTN dari 3 bulan kepada 6 bulan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan sama-sama kita putuskan rangkaian virus Covid-19 ini dengan tinggal sahaja di rumah.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

35 COMMENTS

  1. Individu yang berumur antara 18-20 thun yg sudah tidak melanjutkan pelajaran dan terus bekerja utk meringankan beban keluarga,dan di musim pkp ni pekerja tidam dpt dijalankan dan diberikan cuti tnpa gaji,apakah sebarang bantuan yang sy akan dpt?? Mohon penjelasan

  2. saya institusi kerajaan ikbn
    kenapa tawaran diploma sahaja yang dapat bantuan. yang sijil tak dapat encik boleh jelaskan tak

  3. bagaimana kalau budak yg baru habis stpm dan bekerja tetapi kena pecat sebab susah nak bayar gaji dan tiada kerja..ada bantuan ke

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here