Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Untuk Pelajar

31889
views
Iklan Infopelajar2u

Seperti yang diketahui umum, Perdana menteri telah melancarkan Bantuan Prihatin Nasional sempena berlakunya wabak COVID19 untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Disini kami kongsikan cara dan apa yang anda sebagai pelajar perlu tahu untuk membuat permohonan bantuan ini.

Bantuan Prihatin Nasional Pelajar

Bantuan prihatin nasional pelajar one-off berjumlah rm200 ini hanya terhad kepada  Warganegara Malaysia dan berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:

  • Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia.
  • Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang berdaftar di bawah akta-akta yang berkuat kuasa.
  • Pelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA

Nota Tambahan :

  • Bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.
  • Pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan work-based learning layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada Mei 2020 layak menerima bantuan ini.Pernyataan ini merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.
  • Pelajar yang sudah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2020 tidak layak menerima bantuan ini. Ini kerana pelajar tidak lagi berstatus aktif di institusi masing-masing.

Cara Menyemak Status Kelayakan

Semua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.

Jika tidak memenuhi kriteria kelayakan untuk menerima bantuan ini, anda perlu menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemas kini dokumen / maklumat-maklumat berikut :

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Nombor akaun bank dan nama bank
  3. Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)
  4. Nombor telefon bimbit / emel

Bagaimana Bantuan Disalurkan Kepada Pelajar

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing (sekiranya memenuhi syarat-syarat) mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing. Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.

Untuk pelajar yang tidak mempunyai akaun bank, pelajar perlu membuka akaun bank sekiranya belum mempunyai akaun bank sendiri. Hal ini kerana bantuan akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja.

Nama Tiada Dalam Senarai Penerima Bantuan

Jika nama tiada dalam senarai penerima bantuan one-off, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pelajar itu?

Pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

Nota : Bantuan tidak boleh disalurkan melalui akaun ibu, ayah atau saudara mara.

Bagi yang tidak mempunyai akaun, pelajar boleh membuka akaun di mana-mana bank tempatan. Mana-mana akaun yang dibuka dengan bank tempatan sama ada konvensional atau Islamik, boleh diterima. Akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham tidak diizinkan untuk penggunaan bantuan one-off ini.

Maklumat Lanjut

Pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

Pelajar IPT digalakkan menghubungi terus Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing berkenaan pembayaran RM200 one-off ini. Sekiranya ada soalan lanjut, Kementerian dan Agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:

  • Kementerian Pengajian Tinggi (Pelajar IPTA/ IPTS) – 0388706777 ; 0388706949; 0388706628; 0388706623; 0388706124
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (Pelajar Matrikulasi, Tingakatan 6 dan setaraf) – 0388849383; 0388886749; 038889325; 0388849401
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Pelajar MARA) – 0388912078; MARA Call Center: 032613 2000
  • Kementerian Belia dan Sukan (Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara)- 0388713773; 0388713434; 0388713506
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas (Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia)- 0388701663; 0388701664; 0388701307
  • Kementerian Sumber Manusia (Pelajar diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas) – 0388892359; 0388862409; 0388903404; 0388862352; 0388889111

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Online

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan sama-sama kita putuskan rangkaian virus Covid-19 ini dengan tinggal sahaja di rumah.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

18 COMMENTS

  1. Saya pelajar mara sekarang. Dan sudah ada kad siswa yang saya dapat semasa belajar di uiniversiti awam. Masih layak ke saya dapat bantuan ni? Status pelajar diploma tahun pertama di Kolej Kemahiran Tinggi Mara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here