Cara Menyemak Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) dan Cara Tunaikan

592
views

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT. Untuk makluman anda, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS.

Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

Jadi menerusi artikel ini kami akan kongsikan bagaimana caranya untuk anda hendak mengemukakan permohonan, syarat kelayakan dan cara menunaikan WPP berkenaan.

Cara Menyemak Wang Pendahuluan PTPTN

Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my mulai 1 Jun 2018. Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

Syarat-syarat WPP

  1. Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik; dan
  4. Tiada hutang WPP

Cara Menunaikan Wang Pendahuluan PTPTN

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut :

  1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my
  2. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Anda boleh menyemak dan mencetak surat tawaran WPP di portal rasmi PTPTN melalui pautan dibawah ini :

Nota : Tempoh sah laku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan. Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Anda juga boleh baca Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik PTPTN dan Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter