Cara Menulis Cover Letter Permohonan Kerja Yang Mantap

1002
views

Cara Menulis Cover Letter. Ramai yang masih salah dalam penulisan cover letter oleh kerana itu kami ingin terangkan tips dan cara sebenar bagaimana untuk menulis cover letter yang baik dan berharap ianya dapat membantu anda untuk menjawat-jawatan kosong idaman anda.

Bagaimana Cara Menulis Cover Letter

Perlu untuk diingatkan cover letter adalah surat peribadi anda untuk menerangkan tentang kemahiran anda dan menunjukkan anda membuat penyelidikan tentang jawatan yang anda mohon kepada pihak majikan.

Oleh itu pastikan anda tidak mulakan surat anda dengan perkataan “Kepada sesiapa yang berkenaan” atau ”Dear Sir / Madam”. Pastikan anda tahu secara khusus nama orang yang menguruskan pengambilan permohonan kerja anda.

Apa yang diperlukan dalam Cover Letter

  1. Nama dan contact anda
  2. Nama dan Alamat Majikan anda
  3. Tarikh
  4. Ucapan pembukaan dengan menyebut nama orang menguruskan pengambilan jawatan yang anda pohon contohnya ”Dear Ms Cheng” dan pastikan anda tidak menggunakan perkata ”Hi Ms Cheng“.
  5. Rujukan jawatan yang anda pohon.
  6. Pembukaan ringkas kenapa anda hantarkan cover letter ini.
  7. Satu perenggan kenapa anda layak untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan dan terangkan sedikit pengalaman, dan skill yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon.
  8. Beritahu majikan anda tentang personaliti anda yang boleh membantu majikan untuk berkerja dengan anda.
  9. Penutup dengan maklumat bagaimana mereka boleh menghubungi anda.

Contoh Cover Letter

Kami berharap dengan sedikit perkongsian ini boleh membantu anda untuk menulis cover letter dengan baik dan dalam masa yang sama anda mendapat perkerjaan idaman.

Selain daripada cover letter resume juga adalah perkara yang sangat penting berikut kami sertakan pautan untuk anda baca.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter