3 Cara Menghilangkan Hitam Bawah Mata

758
views

Adakaha anda mengalami masalah warna hitam atau lebam di bawah mata? Mungkin disebabkan kurang tidur, terlebih tidur atau lain-lain?

Jangan membazirkan masa dan duit anda dengan produk kosmetik yang tidak berkesan. Berikut adalah beberapa langkah mudah menghilangkan hitam bawah mata (boleh dilakukan dalam 15 minit sahaja)

3 Langkah Menghilangkan Hitam Bawah Mata

1. Keluarkan timun dari peti sejuk.

Percaya atau tidak, timun sangat baik untuk kulit dan jika ia dalam keadaan sejuk, boleh menyamankan mata. Dan apa yang penting adalah ianya berkesan!

2. Potongnya epada Beberapa Bahagian Kecil

Potong nipis-nipis, dalam jumlah 4-6 bahagian.

3. Letak Di Atas Mata

Kemudian, biarkannya selama 10-20 minit. Bergantung kepada jenis kulit anda, ada yang hilang terus, dan ada yang warna hitam berkurangan.

Kaedah Lain

Tingkatkan aliran darah ke muka. Terdapat banyak cara untuk memperbaiki tona kulit dan mengurangkan warna hitam – dan salah satu daripadanya adalah dengan mengalirkan darah ke muka.

Antara cara untuk meningkatkan kadar darah ke muka adalah dengan melakukan pergerakan fizikal. Berlari, jongging, berbasikal dan sebagainya boleh membantu. Pada masa yang sama, ia boleh mengekalkan tahap kesihatan anda, serta menurunkan berat badan.

Mandi dengan air suam. Selamkan muka anda dalam air suam selama 20 saat. Ia boleh menyegarkan muka anda, serta kembalikan kestabilan saluran darah di muka.

Tips Tambahan

Jangan makan terlalu banyak makanan manis. Hal ini kerana gula di dalamnya boleh menyebabkan hitam bawah mata tersebut. Buah-buahan boleh diambil.

Gantikan timun dengan uncang teh (selepas digunakan) – namun bukan semua orang mendapat respond yang positif.

Amaran

Jangan buka mata semasa timun di atas mata, kerana ia boleh mendatangkan rasa pedih.

Kesimpulan

Secara ringkas, menghilangkan hitam bawah mata bukanlah perkara yang sukar. Bahkan, dengan cara yang betul, anda boleh hilangkan lingkaran tersebut kurang dalam 15 minit.

Harap artikel ini membantu anda. Sekiranya anda ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda mengatasi masalah lebam bawah mata ini, sila tinggalkan komen di bawah.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here