Cara Menggunakan Online Banking Secara Selamat

203
views
Iklan Infopelajar2u

Perbankan secara online sudah menjadi satu keutamaan para pengguna dalam membuat pembayaran dan perpindahan duit. Dengan pengunaan secara meluas ini, terdapat manusia ‘bijak’ yang cuba mengambil kesempatan dalam kemudahan teknologi yang disediakan.

Pencurian identiti dan juga maklumat peribadi boleh berlaku dan kita perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan perbankan atas talian. Jadi di sini, kami kongsikan cara terbaik untuk menggunakan online banking dengan selamat.

Gunakan Online Banking Secara Selamat

Berikut adalah antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki cara anda menggunakan online banking.

Simpan Katalaluan Sebaik-baiknya

Jika anda mempunyai banyak katalaluan yang perlu diingati, adalah agak sukar untuk mengingati kesemuanya di dalam otak. Tambahan lagi jika katalaluan tersebut adalah kominasi antara nombor, huruf dan simbol, yang agak sukar untuk diingat kesemuanya.

Oleh itu, ada diantara anda yang akan menulisnya di sesuatu tempat. Pastikan anda simpan nota yang memiliki katalaluan anda itu ditempat yang selamat.

Tukar Katalaluan

Jika anda rasa tidak selamat, adalah digalakkan untuk anda membuat penukaran kata laluan akaun anda sekurang-kurangnya setahun sekali.

Jangan Guna Katalaluan Sama

Sudah pasti anda mempunyai akaun online lebih daripada satu termasuk akaun online banking kita. Adalah lebih baik jika anda gunakan katalaluan yang berbeza pada setiap akaun.

Jangan Simpan Maklumat Kad Kredit / Debit

Bagi yang selalu menggunakan online shopping, kita boleh menyimpan maklumat kad kredit dan kad debit di laman tersebut. Walaupun biasanya maklumat kita dilindungi oleh laman web tersebut, tetapi perbuatan tersebut boleh juga mendatangkan risiko kecurian maklumat kad anda.

Gunakan Laman Incognito

Anda juga mempunyai pilihan untuk mencari maklumat tanpa meninggalkan sebarang kesan dengan menggunakan Mod Incognito. Carian internet dengan menggunakan mod ini tidak akan meninggalkan sebarang Cache atau Cookies pada komputer anda.

Sekiranya anda menggunakan komputer awam atau yang dikongsi bersama, menggunakan mod incognito adalah salah satu cara yang baik. Ada web browser menggunakan nama Incognito, anda juga web browser yang menggunakan istilah private browsing.

Gunakan Sambungan Internet yang Selamat

Jika anda menggunakan sambungan internet percuma di tempat awam, anda tidak digalakkan untuk membuat sebarang transaksi perbankan atas talian. Ini adalah kerana sambungan internet awam paling mudah untuk dicerobohi oleh pihak ketiga.

Tips Tambahan

Jika ingin untuk melakukan transaksi ke dalam akaun perseorangan atau orang yang anda tidak kenali, sila lakukan sedikit carian berkaitan nama pemilik akaun tersebut untuk memastikan bahawa penerima bukan scammer.

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Online

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan melalui facebook dan sebagainya.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here