Cara Memohon Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 Online

9632
views

Khas kepada murid lepasan UPSR 2016, anda kini boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 bagi pelajar Tingkatan Satu untuk sesi pengambilan Januari 2017.

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak telah dibuka mulai 17 November hingga 30 November 2016 yang boleh dibuat menerusi atas talian (online).

1233

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak (SMA) 2017 Online

Berikut adalah panduan dan cara memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 serta syarat kelayakan serta semakan keputusan tawaran untuk Tingkatan Satu.

Cara‐Cara Memohon

  1. Pastikan pemohon memenuhi syarat­syarat kelayakan. Sila rujuk pada tab “Syarat­Syarat Kelayakan”.
  2. Sebagai pra­syarat, pemohon perlu mendaftar masuk sebagai ahli Gerbang Mesra Rakyat (GMR) terlebih dahulu. Sila daftar baru jika pemohon belum pernah mendaftar sebagai ahli GMR.
  3. Maklumat ahli GMR yang didaftarkan mestilah maklumat pemohon sendiri. Bukan maklumat ibu­bapa, penjaga atau orang lain.
  4. Pendaftaran untuk sesi 2017 dibuka dari 17/11/2016 hingga 30/11/2016.
  5. Pendaftaran untuk sesi 2017 mestilah dihantar selewat­lewatnya pada 30/11/2016.
  6. Sila isikan borang dengan lengkap dan tepat.
  7. Pastikan pemohon menekan butang Hantar dan mendapat nombor rujukan.
  8. Selepas menghantar borang, sila cetak borang dan hantar dokumen­dokumen sokongan ke Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak di alamat yang disediakan.
  9. Pemohon boleh mula memeriksa status permohonan bermula pada 13/12/2016

Syarat‐syarat Kelayakan

Permohonan akan dibuka selepas keputusan UPSR diumumkan 2016

  1. Memperolehi sekurang­kurangnya 4A dalam UPSR 2016
  2. Memperolehi sekurang­kurangnya 5A 3B dalam UPKK 2015
  3. Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2016

Sila lihat senarai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak di tab seterusnya.

*Pemohon yang layak hendaklah menduduki ujan Hafazan Al‐Quran

Tarikh terakhir permohonan kemasukan sekolah agama tahun 2017 adalah pada : 30/11/2016

Senarai Sekolah Agama Di Negeri Perak

  1. SEKOLAH IZZUDDIN SHAH (lelaki)
  2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH (perempuan)
  3. SEK. MEN RAJA DR. NAZRIN SHAH (lelaki & perempuan)
  4. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN MANJUNG (lelaki)
  5. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KUALA KANGSAR (lelaki)
  6. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN LENGGONG (lelaki)
  7. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN TAPAH (perempuan)
  8. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KERIAN (perempuan)

Semakan Permohonan SMA Negeri Perak 2017

● Pemohon boleh menyemak keputusan

Semoga pemohon berjaya memasuki ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 sesi Januari bagi Tingkatan Satu.

Untuk meneruskan permohonan, sila daftar masuk bagi yang sudah menjadi ahli GMR, atau daftar sebagai ahli baru bagi yang belum menjadi ahli GMR.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter