Cara Memohon Kad Debit Pelajar KAD1SM 2018

42269
views

Seperti yang diketahui umum bahawa dalam Bajet 2017 Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KAD1SM Debit) telah menggantikan baucer buku 1 Malaysia mulai tahun 2017. Sehubungan itu, pelajar tidak akan lagi menggunakan baucer buku untuk mengelakkan sebarang penipuan daripada pihak ketiga.

Jadi bagaimanakah cara untuk memohon kad debit pelajar KAD1SM?

Untuk pengetahuan kepada pelajar IPTA dan IPTS, anda boleh mendapatkan kad debit pelajar KAD1SM dengan memohon secara online menerusi Bank Rakyat mulai tarikh yang ditetapkan pihak bank. Diingatkan, pelajar akan menerima KAD1SM bernilai RM250 sahaja.

Kriteria Kelayakan Pemohon

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT;
  3. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif semasa tarikh pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2016.
  4. Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; *(pelajar perlu menyemak kelayakan di IPT masing-masing).
  5. Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
  6. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

Cara Daftar Kad Debit Pelajar KAD1SM Online

KADS1M untuk tahun 2018 telah diumumkan secara rasmi. Jumlah RM250 tersebut akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula pada 15 Mac 2018.

Kepada anda yang telah memohon terus sahaja semak kad masing-masing manakala kepada yang belum memohon boleh kemukakan permohonan.

Berikut adalah dikongsikan cara permohonan online KAD1SM Debit di Bank Rakyat :

1. Sila klik dan daftar pada pautan yang disediakan dibawah

2. Isikan segala maklumat peribadi anda dengan lengkap pada ketiga-tiga bahagian. Selepas mengisi, baca syarat-syarat dan tanda semua kotak tersebut.

3. Selesai mendaftar, anda hanya perlu menunggu email dari Bank Rakyat yang akan memaklumkan mengenai pengambilan KAD1SM tersebut di cawangan berdekatan.

NOTA : Pelajar yang sudah mempunyai KADS1M, anda tidak perlu mengisi borang semula. RM250 akan di depositkan ke dalam akaun anda secara automatik.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila pastikan dokumen berikut tersedia semasa hadir ke cawangan pilihan anda untuk pengambilan KAD1SM Debit.

Umur di bawah 18 tahun :

  • MyKad ( Asal & 1 Salinan )
  • Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )
  • Surat kebenaran daripada ibu bapa
  • 1 Salinan MyKad ibu / bapa / penjaga
  • Sijil kelahiran ( Asal & 1 Salinan )

Umur 18 tahun dan ke atas

  • MyKad ( Asal & 1 Salinan )
  • Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut, sila layari ke laman web bank rakyat ini : www.irakyat.com.my

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter