Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2017

4260
views
Iklan Infopelajar2u

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada pemberian tahun 2014

Mengenai Skim Khairat Kematian, Skim berkenaan akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun iaitu dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017

Bagaimanapun, Skim Khairat Kematian (SKK) hanya layak untuk penerima BR1M bagi kategori Isi Rumah, E-Kasih dan Warga Emas

CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BR1M 2017

Sehubungan itu, penerima BR1M sebelum ini dan pemohon baru diminta mengemaskini dan melengkapkan maklumat waris bagi membolehkan waris yang dinamakan membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh yang dinyatakan

Prosedur Dan Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2017

Tuntutan hanya boleh dibuat oleh waris yang dinamakan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai bulan Februari 2017

Sila maklumkan tujuan waris yang dinamakan iaitu untuk membuat tuntutan / penunaian Skim Khairat Kematian kepada pegawai bank yang bertugas

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Buat Tuntutan

  • Kad Pengenalan sendiri (waris) yang asal
  • Sijil Kematian yang asal

Selain menerima khairat kematian RM1,000, waris boleh menuntut baki BR1M yang belum disalurkan

Tarikh Akhir Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)

Bagi BR1M 2016 Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2016 adalah pada 31 Januari 2017

Prosedur untuk membuat tuntutan seperti cara yang dinyatakan seperti di atas

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my