Cara Membuat Resume Dan Template Percuma

4748
views

Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profile diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman anda. Penyediaan resume yang baik sememangnya amat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.

Ada sesetengah orang sangat berbakat dan berkeboleh tinggi dalam sesuatu bidang tetapi malangnya mereka mempunyai sikap yang sangat malas untuk menulis atau edit resume mereka supaya kelihatan menarik dan hebat.

Baca : 4 Benda Yang Wajib Ada Dalam Resume Anda

Jadi, disini kami sediakan beberapa Cara Membuat Resume Dan Template Percuma bagi menjadi panduan anda semua.

Tips Membuat Resume

Bahagian Header

  • Pastikan bahagian contact information anda jelas bagi memudahkan pihak majikan boleh menghubungi anda dengan mudah.
  • Bold nama anda dan alamat email profesional anda.

Ringkasan Resume anda

  • Tanya diri anda siapakan anda dan apakah kelebihan anda dan kemahiran anda untuk melayakkan diri anda untuk menjawat jawatan yang dipohon.

Pengalaman anda

  • Tuliskan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang ingin anda mohon, sertakan bersama-sama pencapaian dan tugasan yang telah anda lakukan semasa berkerja/belajar.

Kemahiran anda

  • Kemahiran adalah bahagian sangat penting dalam penilaian majikan semasa membuat pemilihan.
  • Mulakan dengan meletakan kemahiran paling penting yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon,contohnya anda ingin mohon jawatan sebagai kerani jadi tuliskan kemahiran menggunakan Ms Office ditempat pertama dan lain-lain seperti adobe photoshop,html, sql dan lain-lain kemahiran yang anda ada.

Pendidikan

  • Mulakan menulis senarai pendidikan dengan meletakkan pendidikan paling tinggi anda.

Lain-lain maklumat yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang anda pohon adalah tidak diperlukan berbeza dengan cv anda boleh baca Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu untuk maklumat lanjut.

Baca : Cara Menulis Cover Letter Permohonan Kerja Yang Mantap

Template Resume Percuma

Disini kami sediakan Premium template RESUME kepada anda secara PERCUMA! Cuma perlu edit dan masukkan maklumat anda sendiri sahaja.

MUAT TURUN DISINI

MUAT TURUN DISINI

MUAT TURUN DISINI

Kami harap dengan template dan tips-tips yang kami berikan ini anda dapat membina resume yang sangat simple tetapi sangat lengkap dan berguna untuk anda apabila memohon kerja. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda.