Cara Membuat Aduan KPDNKK | Berikut adalah cara-cara membuat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS menggunakan Sistem E-Aduan. Sistem ini membolehkan pengguna membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.
Anda boleh laporkan aduan melalui saluran-saluran seperti berikut :
Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS
- Laman web : eaduan.kpdnkk.gov.my
- Talian hotline : 1 800 886 800 / 03-8882 6088 / 6245
- Menerusi aplikasi Ez ADU KPDNKK di Playstore.
- Sms aduan ke 15888
- Kaunter aduan / pejabat PPDNKK seluruh malaysia
Panduan penggunaan Sistem eAduan melalui laman web E-Aduan
Cara Membuat Aduan
- Klik Pautan Aduan Baru
- Isi Borang Aduan mengikut panduan
- Tekan butang <Semak> untuk paparan skrin seterusnya
- Tekan butang <Hantar>untuk terus menghantar aduan. Nombor Aduan akan dipaparkan
- Tekan butang <Tambah Bahan Bukti> untuk memuatnaik fail, Klik butang <Browse> untuk memilih fail bukti.
- Klik butang <Hantar Bukti Aduan>
- Tekan butang <Kemaskini> untuk mengemaskini aduan atau butang <Batal> membatalkan aduan
- Klik butang <Cetak> untuk mencetak aduan yang telah dilaporkan.
Cara Menyemak Status Aduan
- Klik Pautan Semakan Aduan
- Masukkan No Aduan bersama email atau nombor telefon bimbit atau nombor telefon
- Tekan Butang Semak
- Paparan Status Aduan akan dipaparkan
Maklumat Lanjut
Semua aduan akan disiasat dan maklumat pengadu akan dirahsiakan. Sila hubungi sekiranya anda tidak menerima maklumbalas dalam masa 3 hari bekerja.
Sebarang pertanyaan mengenai aduan yang telah dibuat, sila email kepada : [email protected]
Jika aduan anda adalah berkaitan salahlaku pegawai KPDNKK, sila ke http://eintegriti.kpdnkk.gov.my.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter