Cara Untuk Membayar Yuran UiTM

7604
views

Disini kami ingin kongsikan cara untuk membuat pembayaran yuran bagi pelajar UiTM. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dan kami akan terangkan satu persatu.

Pertama sekali anda perlulah menyemak dahulu yuran pengajian di student portal . Klik di sini : http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :

  1. Klik Student Portal 
  2. Login
  3. Klik FinEportal
  4. Klik Bil Pelajar 
  5. Semak Bil yang masih Belum DiBayar
  6. Cetak Bil dan Membuat Pembayaran Bil

Cara Membayar Yuran UiTM

Pembayaran yuran boleh dibuat dengan cara seperti berikut:

1. Melalui Kaunter Bank Islam di mana-mana cawangan di Malaysia.

  1. Layari Student Portal atau anda boleh terus ke https://myfinancial.uitm.edu.my/new/index.php/pelajar
  2. Kemudian masukkan nombor pelajar anda di ruang yang di sediakan
  3. Seterusnya , klik butang “Bil Pelajar” di bahagian “Maklumat Bil
  4. Cetak bill tersebut , kemudian buat pembayaran di kaunter Bank Islam berdekatan mengikut amaun yang telah ditetapkan.
  5. Tuliskan nombor dokumen pada slip bank (nombor akaun tidak diperlukan)

Nota : Simpan slip tersebut sebagai bukti pembayaran, status pembayaran akan di kemaskini 2 hari bekerja selepas tarikh pembayaran di buat.

2. Melalui Perbankan Internet

  1. Layari https://www.bankislam.biz/
  2. Klik Internet Banking Login
  3. Masukkan User ID (Username) dan klik Login
  4. Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik /, 
  5. Masukkan Password dan klik Login
  6. Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
  7. Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
  8. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
  9. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
  10. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
  11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
  12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
  13. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat. Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke phone anda.
  14. Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
  15. Cetak slip bayaran untuk rujukan.

 

3. Mengunakan ATM Machine

  1. Masukkan kad dan pin keselamatan
  2. Melalui paparan skrin, pilih Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan Student ID)
  4. Pilih bil yang peelu dibayar (pastikan amaun itu tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar)
  5. Simpan slip sebagai rujukan