Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN

4946
views

Perhatian kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih mempunyai baki pinjaman perlu mengemaskini maklumat pendapatan sebelum 25 Julai 2018.

Anda perlu berbuat demikian sekiranya ingin membuat penangguhan bayaran balik pinjaman seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan.

Langkah Kemaskini Maklumat Pendapatan

Langkah pertama, sila layari laman rasmi PTPTN di pautan yang disediakan dibawah:

Kemudian klik pada bahgian kemaskini maklumat pendapatan atau klik pautan ini https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/

Seterusnya anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan & nombor pinjaman PTPTN masing-masing. Untuk mendapatkan no pinjaman, boleh hubungi talian careline PTPTN (03-2193 3000) bagi membuat semakan.

Anda hendaklah mengemaskini maklumat yang diminta dengan lengkap dan kemudian klik pada butang hantar.

Nota : Anda dinasihatkan supaya membuat kemaskini dengan segera jika ingin memohon untuk penangguhan bayaran PTPTN. Berkemungkinan permohonan selepas tarikh tutup sudah tidak akan dilayan.

Baca Juga : Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here