Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2017
Setiap penerima BR1M sedia ada akan menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini
CARA KEMASKINI BR1M 2017 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA ONLINE DAN MANUAL
Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pengemaskinian BRIM 2017 bagi penerima sedia ada yang mahu atau perlu membuat kemaskini butiran mereka
Tidak Perlu Membuat Permohonan Baru
Sebagai makluman, penerima sedia ada tidak perlu lagi mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai tarikh pengemaskinian maklumat BR1M 2017 di buka
Bagi penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank untuk BR1M 2017 melalui sistem kemaskini online (E-BR1M) atau manual (guna borang) bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
Semak Senarai Bank Yang Terlibat Dengan Pembayaran BR1M 2017
Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini
Kenapa Perlu Kemaskini BR1M 2017?
Banyak permohonan yang gagal disebabkan maklumat peribadi seperti no kad pengenalan yang tidak tepat dan jelas
Pembayaran BR1M tahun 2017 akan dibuat secara berperingkat.
Pemohon perlu mengemukakan maklumat akaun bank supaya bayaran dapat dibuat dengan lebih cepat
Banyak surat kelulusan tidak dapat diposkan kerana alamat salah dan tidak lengkap
Maklumat waris penting dinyatakan supaya pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BR1M dapat dibuat dengan sempurna
Akaun Bank yang dikemukakan mestilah tepat agar tidak berlaku kesilapan atau kegagalan pembayaran kepada pemohon yang berjaya
Kegagalan pemohon mengemaskini dan mengemukakan maklumat secara tidak tepat boleh menyebabkan permohonan gagal atau lambat diproses
Meskipun maklumat butiran penerima sedia ada yang telah di hantar sebelum ini tiada perubahan, disyorkan menghantar pengemaskinian bagi mengesahkan bahawa penerima masih wujud
CARA KEMASKINI BR1M 2017 SECARA ONLINE (E-BR1M)
Peringatan! kemaskini secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih Pemohon dinasihatkan mencetak salinan pengemaskinian dan perlu disimpan sebagai rujukan
Perkara | Butiran |
Tarikh Rasmi Sistem Aplikasi Pengemaskinian BR1M 2017 Dibuka | 5 Disember 2016 |
Tarikh Rasmi Sistem Aplikasi Pengemaskinian BR1M 2017 DiTutup | 31 Disember 2016 |
Pautan Laman Sistem Aplikasi Pengemaskinian BR1M 2017 (E-BR1M) Secara Atas Talian (Online) | Klik Sistem Aplikasi Kemaskini Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia E-BR1M 2017 (Membuat Pengemaskinian Maklumat Secara Online) |
Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi BR1M 2017 (Pengemaskinian Maklumat) | Klik Panduan Pengguna Sistem Aplikasi Kemaskini Dan Cara Buat Pengemaskinian Maklumat Secara Online E-BR1M 2017 |
Pautan Portal Rasmi E-BR1M | https://ebr1m.hasil.gov.my
|
Penting! Sila buat pengemaskinian hanya dengan menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat
CARA KEMASKINI BR1M 2017 MANUAL (GUNA BORANG)
Perkara | Butiran |
Tarikh borang diedarkan | 5 Disember 2016 (Isnin) |
Borang boleh didapati melalui |
Muat turun (download)Borang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017
|
Tindakan | Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir permohonan ditutup iaitu pada 31 Disember 2016 (Sabtu) Baca Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 Di Semua Cawangan LHDNM |
Pautan Portal Rasmi E-BR1M | https://ebr1m.hasil.gov.my |
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected]
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan